Ciri terbaru whatsapp ramai tak tahu, kini boleh kongsi screen masa video call
Fungsi ini bakal menjadi saingan hebat kepada aplikasi panggilan video lain seperti Microsoft Meet, Google Meet, Zoom, dan FaceTime Apple.
Ciri baru ini, diumumkan oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg melalui hantaran di Facebook,
akan membolehkan anda berkongsi dokumen, foto, malah troli belanja anda dengan kenalan yang tersedia dalam panggilan video.
whatsapp umum ciri baru boleh kongsi skrin masa video call
Dikeluarkan pertama kali kepada beberapa penguji beta pada Android akhir Mei lalu, perkongsian skrin di WhatsApp boleh diakses dengan mengklik pada ikon “Kongsi/Share”.
Pengguna boleh memilih antara berkongsi aplikasi tertentu atau seluruh skrin mereka.
Ia dilihat serupa dengan bagaimana perkongsian skrin berfungsi di platform perbincangan video tipikal seperti Google Meet dan Zoom.
WhatsApp memberitahu juga bahawa ciri perkongsian skrin ini telah mula dilancarkan secara berperingkat pada Android, iOS, dan Desktop Windows. Ini bermakna anda mungkin tidak akan melihat ciri ini dengan serta-merta, tetapi akan diperoleh berperingkat.
Selain perkongsian skrin, WhatsApp melancarkan sokongan panggilan video dalam mod Lanskap untuk menawarkan pengalaman tontonan yang lebih luas, berbanding mod potret ketika ini. Sokongan untuk mod Lanskap mungkin juga berguna apabila menggunakan perkongsian skrin di platform ini nanti.
Perkongsian skrin telah menjadi ciri penting dalam aplikasi perbincangan video.
Pada tahun 2021, sebagai contoh, Apple meningkatkan perkhidmatan FaceTime dengan SharePlay, yang membolehkan pengguna iOS berkongsi skrin mereka secara.
WhatsApp telah berkembang dengan memperluaskan ciri ini kepada pengguna Android, iOS, dan desktop.
BACA: Peluk duit rompak atas motorsikal, 2 guni wang berisi RM700,000 dilarikan