Cinta tak kenal usia, warga emas usia 83 tahun nikahi gadis 27 tahun, rupanya macam ini cinta mereka berputik
Betullah pepatah ada berkata cinta tidak mengenal usia kerana baru-baru ini tular satu foto
Mengenai seorang warga emas yang berusia 83 tahun menikahi gadis berumur 27 tahun di Kabupaten Tegal.
Pertemuan kali pertama ini menimbulkan rasa cinta kepada seorang lelaki yang baik hati akhirnya diakhiri dengan perkahwinan. Kisah ini dipetik daripada detik news, Indonesia.
Gadis ini mengaku jatuh hati dengan ‘atok’ ini sejak pertama kali bertemu. Bahkan gadis ini sendiri yang meminta untuk lelaki warga emas berusia 83 tahun agar menikahinya walaupun usia yang jauh berbeza.
“Walapun anak-anak suami saya bertanyakan berkali-kali tentang hal ini dan kenapa tidak memilih lelaki usia yang sebaya saja tetapi saya tetap sukakan Sudirgo ini,” jelas Nuraeni.
Sudirgo merupakan seorang tukang berubat yang sangat dikenali di Desa Jatilaba daerah Tegal memang ramai yang selalu dapatkan rawatan daripadanya termasuklah kedua ibu bapa Nuraeni.
Sejak daripada itu, mereka sering berhubung sehinggakan lahir rasa sayang dan cinta antara mereka. Hubungan mereka dipersetujui oleh kedua orang tua Nuraeni.
Sepanjang usianya, Sudirgo pernah menikahi empat kali bersama isterinya ada yang bercerai mati dan hidup. Perkahwinan ini merupakan kali ke 5 setelah enam tahun mendudua dan pada usia 83 tahun pula dia menikahi Nuraeni.