Chef Fazley dikritik hidang makan untuk pelanggan macam bagi ayam makan. Chef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob baru-baru ini menjadi bualan warganet selepas video dia menghidang manisan tular dikongsikan. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram Hlive, kelihatan para media disajikan dengan hidangan manisan yang disediakan sendiri oleh chef selebriti ini.
Di dalam video tersebut, Chef Fazley dilihat sedang tekun menyiapkan hidangan manisan atau pencuci mulut di atas meja yang dipanggil sebagai ‘sweet table’ ini. Di atas meja yang kosong itu, chef selebriti ini kemudian mula menghias satu persatu hidangan manisan untuk disajikan.
VIDEO dibawah sekali
Namun video itu telah menerima kecaman hebat dari warganet yang berasa kurang senang melihat tindakan chef selebriti itu mencampakkan makanan di atas meja. Sehinggakan ada yang mengatakan cara penyediaan tersebut sebagai tidak beradab dan tidak menghormati makanan sebagai rezeki.
Terima kecaman netizen
Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam cara penyediaan chef selebriti itu apabila dia dilihat mencampakkan makanan ke atas meja beberapa kali. Malah tindakannya itu turut membuatkan pelanggan yang menonton berasa terkejut melihatnya.
Sehinggakan ada yang berseloroh menyamakan perbuatannya itu seperti gaya memberi makanan kepada ayam sahaja. Ada juga yang mempersoalkan sama ada perlu untuk Chef Fazley mencampakkan manisan di atas meja seperti itu.
“Macam bagi ayam makan campak-campak gitu.”
“Adab hidang makan hilang, main campak-campak pulak…”
Takk.. ko bayangkan eh, kat meja mkn, mak ayah duduk skali, ko hidangkan biskut, hancurkan pakai tgn, pastu hayun biskut atas meja dpn org tua kau.. ko rase dorg pelangkung ko tak? Simple as pimple matt.. bende mkn hidang la leklok.. art jadah nyee
Mmg x bkenan langsung cara menghidang makanan mcm tu.Sedangkn Nabi ajar kita cara beradap cara makan
Antara komen lain yang tidak setuju
Kita Diajar Supaya Beradab Bila Makan Dan Apabila Dengan Makanan ..Hm Xberkenan La Concept Serve Makanan Macam Ni Walaupun Ia Dpanggil Art Sekalipun
Pehhh. Hampir 100% Komen Di Sini Memberikan Reaksi Yg Negatif Yerrr. Betapa Adab Dgn Rezeki, Adab Terhadap Makanan, Adab Menghadap Rezeki Itu Lebih Diutamakan Dripada So-Called Art Of Culinary Tu..
Klu Campak2 Mcm Ni.Tak De Selera Hdk Mkn.Rezeki Tak Baik D Campak2.Lepas Harga Kayangan
Dato Jangan Ingat Org Suka Cara Makanan Buat Mcm Tu,, Ubah Sikit Cara Marketing Tuh.. Tengok Sendiri Komen Dari Atas Smpai Laa Bawah Semua Org Xsuka Cara Mcm Ni… Renung2kan
Mknn Dicampak2 Serupa Mcm Bg Ayam Makan. Patutlah Otak Dia Pun Selalu X Betul Makan Mknn Mcm Sampah
Cemana Cara Makan Ni? Kek Tu Cicah Serbuk Merah/Ijo Tu Ke? Nak Makan Tu Kena Jilat Ke? Ada Bidio Cara Makan Tak? Sekadar Bertanya Je.
Astaghfirullah Hala’aziim Dah Takde Idea Sampai Terlepas Pandang Nak Kelainan Campak Makanan.. Spoil Chef’s Image Nampak Murahan Dan Mengarut….
Dalam masa yang sama, ada juga yang berpendapat ini hanyalah satu bentuk seni yang biasa berlaku dalam bidang kulinari. Sebaliknya pelanggan hanya perlu menikmati sahaja hiasan manisan yang disiapkan oleh chef kerana mereka pastinya lebih tahu apa yang mereka lakukan.
Video,
Desert pic.twitter.com/fzizXvzlsW
— RedsJakes (@RedsJakes) December 21, 2022