Che Ta pakai baju harga tak masuk akal di hari sambutan anniversary ke-9. Pasangan selebriti Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.
Setiap tahun menyarung busana perkahwinan, istimewanya tahun ini, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menggayakan baju pengantin berwarna putih berharga RM80,000.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Che Ta meluahkan rasa syukur dikurniakan Zain sebagai suami. Kata Che Ta, Zain tidak pernah menyuruhnya kemas rumah atau paksa untuk memasak.
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar peneman untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.”
“Alhamdulillah 9 tahun ini Allah hantar yang baik-baik saja. Tak pernah suruh kami kemas rumah ka, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak kawal pergerakan kami,” tulisnya.
Menurut Che Ta lagi, suaminya itu seorang yang sangat menitikberatkan mengenai hal agama termasuk mengingatkannya mengenai solat 5 waktu.
“Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ini sangat particular tentang agama.”
“Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha ja. Kita pula feeling macam kahwin dengan mat saleh, tapi terus perlahan-lahan tutup aurat. Alhamdulillah! Ada sebab Allah hantar peneman hidup kita. Tak kaya, tapi kami bahagia,” tulisnya.
Che Tan dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 8 tahun.
Che Ta turut mempunyai 2 orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24 tahun.