Pelaksanaan penghakiman terhadap pelakon Rozita Che Wan ditangguhkan setelah Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya menerima sebahagian daripada bayaran tertunggak.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata MARA telah menerima bayaran sebanyak RM550,000 setakat Jumaat lalu,
Manakala baki hutang tertunggak perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum penghujung Mac.
“Saya ingin tegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi dalam usaha untuk mendapatkan kembali setiap sen wang rakyat yang telah diamanahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah bahawa bayaran ini akan digunakan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.
Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita Che Wan diserbu oleh pegawai MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan kegagalan pelakon itu melunaskan pinjaman hampir RM1 juta.
Rozita, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, difahamkan telah membuat pinjaman dengan MARA pada tahun 2017 dan pernah melunaskan sebanyak RM50,000 daripada jumlah pinjaman tersebut.
Selain itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu juga dilaporkan telah membuat bayaran di pejabat MARA baru-baru ini, namun jumlah sebenar yang dibayar tidak dapat dipastikan.
3 thoughts on “Che Ta kata anak dah bayar hutang hampir RM 1 juta, sekali lain pula pendedahan pengerusi Mara”