Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, meluahkan rasa kecewa apabila namanya telah digunakan sebagai bahan konten dalam sebuah podcast.
Melalui hantaran di Instagram (IG), Jep, atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin, menyatakan rasa kesalnya
Terhadap tindakan beberapa rakan selebriti yang didakwa sengaja menarik perhatian dengan menceritakan tentang dirinya.
“Sebenarnya aku malas nak layan hal-hal remeh, tapi bila dibiarkan, mereka makin seronok sembang tentang aku.
Tak ada nama lain ke yang nak dijadikan bahan?” katanya.
Pelawak berusia 38 tahun ini menegaskan bahawa apa yang diceritakan dalam podcast tersebut tidak semuanya benar.
“Sebahagian besar dari apa yang diceritakan dalam podcast itu adalah rekaan dan ditokok tambah. Harap tidak ada yang bertanya lagi,” jelasnya.
Namun, Jep tidak memberikan butiran terperinci mengenai podcast tersebut dan siapa individu yang terlibat.
BACA: Individu dakwa pernah ‘dipinjam’ nenek tua ketika usia 6 tahun, kini muncul semula
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio