Casual Malaysia hanya gangster kampung, hilang ‘telur’ diserang penyokong bola Thailand

Oleh SURIANI HAMDAN

Sekumpulan penyokong Malaysia mengalami detik cemas di Stadium Rajamangala, Bangkok s

elepas menjadi mangsa provokasi dan diserang oleh sekumpulan kecil penyokong Thailand.

kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas perlawanan antara Malaysia dan Thailand,

Adayang turut mengakibatkan beberapa penyokong Malaysia cedera.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kelihatan penyokong Malaysia berlindung di dalam kawasan stadium

Casual Malaysia hanya gangster kampung, hilang 'telur' diserang penyokong bola Thailand

sambil diawasi oleh pihak polis Thailand sehingga keadaan kembali selamat.

Beberapa penyokong yang cedera dilaporkan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia tewas 0-1 kepada Thailand, menyebabkan skuad negara jatuh ke tempat ketiga dalam Kumpulan A. S

ebelum ini, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Kemboja di Phnom Penh dan menang 3-2 ke atas Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kini, Malaysia bakal berdepan Singapura dalam perlawanan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini dan perlu menang untuk memastikan tempat ke pusingan separuh akhir.

BACA: ‘Kami usaha, bukan relaks’ Zain Saidin akhirnya bersuara kes hutang RM1 juta