Cara tapis minyak masak hitam jadi macam minyak baru, senang je rupanya buat ramai terus nak goreng ikan malam ni!

Oleh MHDAILY

Cara tapis minyak masak hitam jadi macam minyak baru, senang je rupanya buat ramai terus nak goreng ikan malam ni!

MENGGORENG ikan biasanya memerlukan penggunaan minyak yang banyak.

Bagi mereka yang suka memasak ikan cencaru sumbat, pastinya sudah terbiasa dengan situasi minyak bertukar hitam setelah menggoreng.

Cara tapis minyak masak hitam jadi macam minyak baru, senang je rupanya buat ramai terus nak goreng ikan malam ni!

Ini disebabkan rempah atau bahan kisar yang disumbat ke dalam ikan terkeluar dan hangit.

Jadi, untuk menggoreng makanan atau sumber protein lain memang terasa tidak bersih pula sehingga terpaksa menukar minyak baharu.

Namun menerusi perkongsian Ariza Kak Chik di Facebook, rupa-rupanya ada cara untuk membersihkan minyak selepas menggoreng ikan cencaru sumbat.

Bancuhan tepung jagung.

Bahan-bahan

1. Tepung jagung

2. Air

Cara-caranya

1. Ambil tepung dengan sukatan tiga hingga empat sudu besar.

2. Tambah air ke dalam tepung dan kacau sebati.

3. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam minyak.

4. Kacau atau ‘goreng’ bancuhan tepung tadi hingga minyak kembali ‘jernih’.

5. Asingkan tepung jagung daripada minyak.

Asingkan tepung apabila minyak sudah kelihatan jernih.

Menerusi kaedah ini, kita dapat jimatkan penggunaan minyak masak terutamanya selepas menggoreng masakan seperti ikan cencaru sumbat.

Ia juga sekali gus dalam mengelakkan pembaziran, maklumlah harga minyak dalam pasaran juga semakin mahal.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua, selamat mencuba!

BACA:

Gara-gara pengantin perempuan dihasut rakan naikkan wang hantaran tiba-tiba, pengantin lelaki nekad batalkan perkahwinan

“Aku tengah susukan anak, tiba-tiba pengasuh masuk, mata anak terus bulat dan badan mengejang sebab ingin bersama pengasuh!