WhatsApp : Cara sembunyikan “typing..”

Oleh MHDAILY

Cara sembunyikan “typing..” di WhatsApp. Di dalam aplikasi WhatsApp, apabila anda sedang menaip mesej sebelum mesej dihantar kepada rakan atau ke grup WhatsApp, akan dipaparkan perkataan “typing…” di bahagian atas menandakan seseorang sedang menaip yang boleh dilihat oleh ahli grup atau individu yang akan menerima mesej tersebut.

WhatsApp menyatakan, tidak ada cara untuk menukar individu yang boleh melihat ketika anda sedang menaip….

Tetapi sebenarnya ada cara mudah untuk ‘hack’ limitasi paparan status sedang menaip… ini.

Tidak perlu pun aplikasi pihak ketiga, sebaliknya apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan nyah aktifkan data atau sambungan WiFi pada telefon pintar anda.

Kemudian taip mesej WhatsApp anda itu ketika telefon itu tidak disambungkan ke rangkaian internet.

Cara sembunyikan "typing.." di WhatsApp

Jadi dengan cara ini, individu tersebut tidak tahu anda sedang menaip kerana paparan “typing…” pada akaun WhatsApp mereka tidak akan diperlihatkan ekoran tiadanya sambungan internet pada peranti.

Walaupun anda boleh menggunakan aplikasi WhatsApp pihak ketiga yang ada tawarkan tetapan menyorokkan paparan “typing…”, tetapi ia kurang selamat untuk akaun WhatsApp anda.

Semoga bermanfaat, selamat mencuba.

TONTON :

BACA:

Cara unik orang dulu-dulu tengok ‘jam’ nak buka puasa, nostalgia habis!

Penduduk Kelantan kecewa air dah 11 hari tak ada, rumah pula terbakar, habis semua merebak..

 

Leave a Comment