Jika berasal dari susur galur Melayu, tentu terdapat pelbagai jenis sambal tumis yang berbeza
Oleh itu, setiap petua dan tip untuk menyediakan sambal tumis juga turut berbeza.
Apabila membuat sambal bilis, tambahkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Ini akan memberikan cita rasa yang lebih sedap kepada sambal.
Ketika memasak Sambal Ikan Bilis, tidak perlu menambah garam kerana bilis sudah mempunyai rasa masin. Tambahkan garam jika perlu.
Untuk rasa yang lebih nikmat, goreng ikan bilis sehingga garing dan goreng bawang besar sehingga layu. Angkat.
Tumis cili kering yang telah diisar sehingga masak. Masukkan air asam jawa, gula, garam, dan barulah masukkan ikan bilis serta bawang yang telah digoreng tadi.
PETUA MENYEDIAKAN SAMBAL TUMIS SOTONG
– Untuk membuat sambal sotong yang sedap, elakkan sotong yang berair dan mencemarkan sambal.
– Selepas mencuci, marin sotong dengan garam. Ketika memasak, kaji rasa kuah terlebih dahulu agar garam tidak terlalu banyak.
– Sotong tidak perlu dicuci sebelum dimasukkan ke dalam sambal.
– Semasa memasak sambal, masukkan sotong terlebih dahulu. Biarkan sehingga sotong kecut baru masukkan air asam jawa.
– Untuk mengelakkan sotong terlalu kecut, masak sotong separuh masak dahulu. Angkat dan keluarkan. Teruskan memasak sambal sehingga pekat, barulah masukkan sotong kembali ke dalam sambal.
PETUA MENYEDIAKAN SAMBAL TUMIS UDANG
– Jika membuat Sambal Tumis Udang, jangan buang kulit dan kepala udang. Rebus kulit udang dan masukkan air rebusannya dalam sambal. Ini akan memberikan rasa sambal yang lebih sedap dan berperisa.
– Ketika memasak sambal, masukkan udang terlebih dahulu. Biarkan sehingga air udang keluar baru masukkan air asam jawa.
– Untuk mengelakkan isi udang yang keras, masak udang hingga separuh masak dahulu. Angkat dan keluarkan. Apabila sambal hampir masak, barulah masukkan udang kembali ke dalam sambal.
– Untuk rasa sambal yang lebih berperisa, boleh juga mengisar cili kering bersama sedikit udang kering untuk menambahkan citarasa.
PETUA MENYEDIAKAN SAMBAL TUMIS TELUR
Untuk membuat Sambal Tumis Telur yang sedap, tambahkan sedikit ikan bilis sebagai perencah dalam kisaran cili.
CILI BOH
– Elakkan menggunakan cili boh kerana mengandungi cuka.
– Namun jika perlu digunakan, pastikan cili boh dimasak sehingga betul-betul garing dan tambahkan lebih gula untuk menghilangkan rasa cuka.
– Anda juga boleh menumis tomato yang telah dipotong dadu dan sedikit belacan semasa menyediakan sambal.
CILI KERING
Petua dari arwah nenek, setiap kali mengisar cili kering, tambahkan sedikit kunyit hidup. InsyaAllah, mana-mana hidangan yang memerlukan cili seperti sambal atau asam pedas akan terasa lebih lezat.
SAIZ API MASAK
– Gunakan api kecil dan tumis rempah sehingga naik minyak.
– Selepas naik minyak, masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caramelized / keperangan.
– Sambal tumis akan kelihatan gelap, cantik dan rasanya sedap.
– Kemudian masukkan air asam, garam, dan air secukupnya. Teruskan memasak seperti biasa sehingga siap.