Sebelum wujudnya segala peralatan seperti mesin kisar kering, pastinya ramai teringat akan cara buang biji cili kering.
Terpaksa gunting nak buang bersih-bersih biji, salah pegang boleh pijar tangan tu, dan ia juga makan masa agak lama kalau buat seorang diri.
Tapi dengan peralatan yang serba canggih proses penyediaan bahan untuk masak adalah lebih mudah dan menjimatkan masa.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Ahzad tampil berkongsi cara mudah untuk mengasingkan biji dari cili kering dengan menggunakan mesin pengisar sahaja.
Cara-cara asingkan biji cili kering, cepat dan mudah
Ambil sebanyak mana cili kering yang diperlukan dan masukkan dalam mesin pengisar.
Kemudian kisar semuanya, tak perlu ambil masa lama sangat, takut hancur jadi cili flakes pula.
Sekejap sahaja dah terasing segala biji dengan cili kering tu.
Kemudian ambil penapis yang ada lubang banyak untuk tapis biji tu.
Dah siap dan boleh rebus sebentar untuk lembutkan cili kering.
Nak rendam dalam air panas pun tak ada masalah cuma lambat sikit nak lembut.
Lepas rebus dan cuci boleh kisar, tak perlu letak banyak air sebab tak nak masa masak nanti dia terpercik habis satu dapur.
Tak sampai 10 minit dah siap, mudahkan kerja nak memasak.
Dalam pada itu, netizen turut berkongsi tips semasa menumis agar rasanya lebih sedap dan dinikmati ramai.
“Kalau nak wangi, boleh campur dengan tiga ulas bawang putih dan halia sikit. Masakkan sekejap.
“Kalau saya, senang je terus kisar dengan minyak, jadi bila menumis tak perlu masukkan minyak lagi,” antara komen netizen.
Baca juga:Rahsia ‘baking soda’ boleh suburkan pokok akhirnya di bongkarkan ramai tak tahu