Cara cuci papan pemotong hitam tanpa guna sabun hanya guna 3 bahan

Oleh SURIANI HAMDAN

Papan pemotong merupakan salah satu alatan memasak yang wajib ada di dapur.

Alat ini berfungsi untuk memotong pelbagai jenis bahan makanan, bermula dari bahan mentah seperti daging hingga ke sayur-sayuran atau buah-buahan.

Terdapat banyak jenis papan pemotong yang dijual di pasaran dengan pelbagai bentuk dan jenis bahan.

Cara cuci papan pemotong hitam tanpa guna sabun hanya guna 3 bahan

Walau bagaimanapun, jenis kayu antara yang paling kerap digunakan oleh orang ramai.

Namun begitu, papan jenis kayu agak sukar untuk dicuci berbanding jenis lain seperti plastik, silikon atau kaca. Jenis kayu mempunyai liang boleh membolehkan sisa makanan memasuki pori kayu itu, seterusnya ia akan menjadi sukar untuk dibersihkan.

Jika dibiarkan tidak dicuci dengan betul, kesan sisa tersebut akan menjadi kulat hitam. Sekiranya sudah muncul kulat tersebut, ia berpotensi untuk mencemari makanan yang dipotong di atasnya.

@nsmonline #SultanMakanSoNice #perabotanrumahtangga #GenerasiHappyTikTokChallenge #nsmonline #tulungagung #CapCut #tipsdantrik ♬ suara asli – akibchay – Akib OLShop

Biasanya orang terus membuang saja papan tersebut kerana sudah sukar dicuci. Rupa-rupanya, ada petua untuk membersihkan kulat dan tompok hitam seperti kelihatan macam baru dibeli.

Jika sekadar guna sabun memang tidak akan hilang. Jika ikut petua ini, anda hanya perlu guna bahan dapur semula jadi yang dijamin lebih berkesan berbanding sabun.

Tips ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @nsmonline. Berikut merupakan cara-cara membersihkan papan pemotong kayu agar kelihatan seperti baru:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Limau nipis
Baking soda
Cuka
Cara-cara:

1.Hiris limau nipis. Perahkan jus ke atas papan pemotong. Gosok permukaan papan dengan hirisan limau tersebut.

2. Setelah digosok rata, dapurkan pula baking soda sehingga rata ke seluruh permukaan papan.

3. Akhir sekali, tuangkan cuka atas keseluruhan papan.

4. Biarkan selama 15 minit supaya semua cecair diserap ke dalam bahagian dalam papan.

5. Selepas itu, gosok papan menggunakan berus dawai sehingga hilang semua tompok hitam.

6. Bila dengan air yang mengalir dan hasilnya papan pemotong menjadi bersih dan berkilat seperti baru dibeli.

7. Lap papan dengan kain dan buarkan di tempat yang kering. Proses penyimpanan yang betul juga membantu bagi mengelakkan kulat muncul di atas permukaan papan kayu.

BACA: Sebelum tragedi MH17, ini sejarah hitam tragedi pesawat MH653 terhempas di Johor 47 tahun lepas