Resepi ini menghidangkan resipi tauhu sumbat yang lembut dipadankan dengan kuah kacang yang kaya dengan rasa
Dan mencipta kesedapan yang pasti memikat selera anda.
Teknik hirisan sayur pun main peranan, ini cara buat tauhu sumbat kuah kacang sedap
Bahan-bahan tauhu sumbat:
• Tauhu basah
• Timun
• Sengkuang
• Lobak merah
• Taugeh
📌 Tauhu di goreng sehingga masak kemudian di potong segitiga
📌 Tengah-tengah tauhu tu di kelar untuk sumbat sayur-sayuran nanti
📌 Timun, sengkuang, lobak merah di sagat atau di potong memanjang
📌 Taugeh di buang ekornya kemudian celur sekejap dgn air panas. Jangan celur terlalu lama, takut kejap lagi lembik plak.
📌 Bahan-bahan sayur nie bleh la di sumbat dalam tauhu yang dah di goreng dan di kelarkan kat tengah-tengah tu
Bahan-bahan kuah kacang:
• Kacang tanah di sangai tanpa minyak kemudian di blend kasar
• 2 biji bwg besar
• 3 biji bwg putih
• 2 inci halia
• 3 btg serai
• 15 biji cili kering (nak pedas, lebihkan)
• Air asam jawa
• Gula merah, gula nisan @ gula kabung
• Garam, gula
• Air
• Minyak untuk menumis
📌 Bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering di potong kasar-kasar kemudian goreng sekejap di dlm minyak. Bila agak-agak dah garing, angkat dan toskan
📌 Masukkan bahan-bahan tadi dalam blender, kisar sehingga halus
📌 Gunakan minyak lebihan goreng bahan-bahan tadi kemudian tumis bahan-bahan yang di blend tadi sehingga masak dan pecah minyak
📌 Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah atau nisan beserta air asam jawa
📌 Kemudian masukkan kacang tanah yg di blend kasar tadi. Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air
Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana. Pekat atau agak-agak cair sikit
📌 Kemudian perasakan dgn garam & gula. Agak dah ok rasanya, boleh tutup api
📌 Siap kuah kacang. Boleh la di makan dengan tauhu yang dah di sumbat tadi
Selamat mencuba resipi ini.
Kredit: Shah Shatry
Baca:Masalah yang aku dah jangka menjadi kenyataan apabila pada malam pertama semasa aku tidur