Cara buat perangkap cicak, guna dua benda je

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Bayangkan, anda sedang relaks di rumah, melayan drama di televisyen tiba-tiba anda nampak satu kelibat di hujung mata anda.

Anda mula rasa berdebar dan cuba abaikan kelibat itu. Tetapi ia kini melintasi dinding di depan anda,

Terus anda pandang ke dinding dan anda ternampak sesuatu yang sangat tidak digemari orang ramai.

Cara buat perangkap cicak, guna dua benda je

Di dinding anda, kelihatan seekor cicak yang dengan selambanya duduk di hadapan anda.

Ia kemudian mengeluarkan bunyinya, lalu datanglah lagi seekor cicak. Makin lama, bunyi cicak itu makin kuat hingga menganggu tumpuan anda nak melayan drama.

Haa, mesti ramai yang pernah alami masalah cicak berkeliaran ni kan? Kalau yang jenis chill je mungkin tak akan kisah kalau ada cicak-cicak yang berkeliaran.

Tapi, kalau anda seorang penggeli cicak sehinggakan anda rasa meremang satu badan kalau ternampak cicak, anda mungkin perlukan perangkap cicak untuk menangkap cicak-cicak itu.

Perangkap cicak ni anda tak perlu beli di kedai tau! Anda boleh buat sendiri menggunakan dua benda saja. Iaitu gunting dan cellophane tape.

Cara Buat Perangkap Cicak

Cara nak buat perangkap cicak ini dikongsi di laman Facebook Ct Affaziah dan cara membuatnya teramatlah mudah.

Mula-mula, anda potongkan tape mengikut kepanjangan yang anda mahukan. Kemudian, tape itu anda letakkan di laluan-laluan yang anda tahu cicak suka berkeliaran di situ.

Cara nak letakkan tape juga sangat mudah. Anda hanya perlu tampalkan hujung tape dan terbalikkan supaya bahagian tape yang bergam berada di atas.

Bahagian gam itulah yang akan menjerat cicak-cicak yang lalu-lalang di situ. Apabila cicak sudah terperangkap anda boleh membuangnya apabila ia sudah mati.

Bila ia dah mati dan tidak bergerak, barulah anda tidak rasa geli untuk membuangnya. Tetapi, sekiranya anda masih rasa geli, silalah minta bantuan sesiapa yang berada bersama anda itu untuk membuangkan bangkai cicak itu.

Mudah saja kan cara nak buat perangkap ini? Lepas ni, masa melayan drama anda tidak akan diganggu oleh cicak-cicak lagi

BACA: Dalam media sosial romantik dengan isteri, rupanya pengacara lelaki terkenal rupanya ‘buaya darat’