Caprice ‘belasah’ Cikgu Fadli, “baru femes sikit dah sombong”

Oleh MHDAILY

Caprice ‘belasah’ Cikgu Fadli, “baru femes sikit dah sombong”. Penyanyi rap sensasi, Caprice sentiasa menjadi perbualan ramai di m3dia sosial apabila kerap melakukan pendedahan berhubung jenayah seksual membabitkan golongan pendakwah.

Belum reda dengan isu tersebut, kini pemilik nama Ariz Ramli dikatakan mahu menyelesaikan masalah melibatkan Cikgu M0hd Fadli Salleh yang telah menerima surat tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan pada masa kini.

Menerusi Insta Story yang dikongsikan, Caprice mengatakan dia banyak menerima Direct Message (DM) berhubung kes terbaharu melibatkan cikgu tersebut. Disebabkan itu, dia meminta sesiapa yang mengenali Cikgu Fadli supaya menghubunginya.

Dia nak masuk, tapi saya tak layan

Caprice 'belasah' Cikgu Fadli, "baru femes sikit dah sombong"

Malangnya, Cikgu Fadli mengatakan dia enggan pelatun lagu Takde Hal Br0 masuk campur dalam urusan tersebut selepas pengguna Facebook dikenali Khairul Faizie berseloroh dengan harapan penyanyi rap itu tidak ulas isu berkenaan.

Komen yang ditinggalkan oleh Cikgu Fadli membuatkan ramai menyokong dengan tindakannya tidak melayan permintaan tersebut dan berharap agar kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Terdahulu, guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak dikatakan patut dikenakan tindakan tatatertib atas tiga pertuduhan.

Pertuduhan tersebut berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah, subjek matematik diajar pada murid Tahun 1 dan sesi Facebook live dengan mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah.

Dan, ia mendapat perhatian banyak pihak terutama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan mahu berjumpa dengan beliau bagi membincangkan secara lebih lanjut.

Malah, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas menerima surat representasi yang dikemukakan guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober.

Respon Caprice

Sebabnya

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

BACA:

Nas Daily akhirnya lepas masuk Malaysia selepas lama simpan hasrat

Ada negara Islam tolak watak Yaya bertudung, dedah pencipta BoBoiBoy

Elly dipersoal ‘over’ gedik atas pentas GV, sekali kena sekolah balik dengan Kepom