Tular di media sosial baru-baru ini mengenai beberapa hotel yang menetapkan
waktu daftar masuk ke premis mereka bermula jam 4 petang dan keluar pada jam 11 pagi.
Perkara ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna maya yang merasakan
bahawa tempoh penginapan yang diberikan agak singkat dan tidak adil untuk pelanggan.
Ada yang menyatakan bahawa bukan hanya hotel yang menetapkan waktu sebegini, tetapi beberapa inap desa juga turut mengamalkan perkara yang sama.
Lebih malang, terdapat pelanggan yang dikenakan caj tambahan jika terlewat daftar keluar, walaupun kelewatan itu disebabkan oleh menunggu ketersediaan bilik.
Di samping itu, terdapat warganet yang memuji pengusaha hotel di luar negara, seperti di Thailand dan Indonesia, yang tidak mengenakan sebarang caj tambahan dan membenarkan mendaftar masuk seawal jam 9 pagi.
Seorang pengguna Facebook, Fifi Clio, berkongsi pengalamannya di mana dia tiba di hotel pada jam 4 petang tetapi terpaksa menunggu lagi 15 minit kerana bilik masih belum tersedia.
“Empat jam pun tak cukup lagi nak kemaskan bilik. Rasa tak adil betul, sudahlah masuk lambat, keluar mesti tepat waktu!” katanya.
“Kalau macam ini, lagi ramai yang akan ke Thailand, di sana ada hotel yang membenarkan kita mendaftar masuk seawal pagi jika tiada orang,” ujar Majid Muhamad.
“Saya pernah ke Indonesia dan Turkiye, pihak hotel di sana sangat bagus. Kita tiba jam 8 pagi pun sudah boleh daftar masuk, dan daftar keluar pun jam 12 tengah hari,” kata Sofea.
BACA: