Cacar monyet semakin merebak, WHO adakan mesyuarat tergempar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar, minggu depan, untuk menentukan sama ada untuk mengklasifikasikan wabak cacar monyet sebagai darurat kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa.
“Wabak cacar monyet adalah luar biasa dan membimbangkan,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan.
Beliau berkata, atas sebab itu, pihaknya memutuskan untuk memanggil Jawatankuasa Kecemasan untuk menilai sama ada wabak itu mewakili darurat kesihatan awam untuk peringkat antarabangsa.
Jawatankuasa kecemasan akan bermesyuarat pada 23 Jun untuk membincangkan perkara itu, yang juga penggera tertinggi boleh dibunyikan oleh agensi PBB.
“WHO juga bekerjasama dengan rakan kongsi dan pakar dari seluruh dunia untuk menukar nama virus cacar monyet dan penyakit yang ditimbulkannya.
“Kami akan membuat pengumuman mengenai nama baharu secepat mungkin,” kata Tedros.
Tedros berkata, 1,600 kes cacar monyet yang disahkan dan 1,500 kes yang disyaki dilaporkan kepada WHO tahun ini dari 39 negara.
BACA:
GRO dari Malaysia dedah dapat pulangan lumayan, hampir RM40K sebulan
Isteri Caprice ‘suka’ dikecam, jualan produk dan pengikut akan meningkat