‘Bukan sebab..’, Shuib dedah punca sebenar tinggalkan Suria FM

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Shuib juga menjelaskan bagaimana dia menyertai Suria FM setelah dilamar oleh Pengurus Besar stesen, DJ Lin

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu, telah menafikan bahawa keputusannya untuk mengakhiri tugas di stesen radio Suria FM

Tidak berkaitan dengan sebarang perasaan terluka atau ketidakpuasan hati.

'Bukan sebab..', Shuib dedah punca sebenar tinggalkan Suria FM

Pengumuman penamatan perkhidmatan penyampai radio bagi segmen Morning Morning Suria bersama Ajak Shiro dan Suraya Borhan itu telah dibuat semalam.

Shuib menjelaskan, “Ini adalah satu keputusan amat berat dilakukan, tetapi terpaksa juga dibuat bagi memberikan fokus kepada penjenamaan Shuib itu sendiri.

Selain itu, saya perlu memberikan perhatian kepada perniagaan berikutan saya kini mengambil alih 100 peratus tanggungjawab syarikat minuman, Bubble Bee.”

Beliau menegaskan bahawa keputusannya tidak melibatkan sebarang konflik peribadi, “Jadi, keputusan berundur diri tiada kena mengena dengan ‘makan hati’ dengan sesiapa

. Ini kerana saya dapat pengalaman berharga selama setahun tiga bulan bersama stesen radio ini.”

Shuib juga menjelaskan bagaimana dia menyertai Suria FM setelah dilamar oleh Pengurus Besar stesen, DJ Lin.

“Berat juga hati saya nak tinggal stesen radio ini kerana hubungan kami sudah keluarga. Jika DJ Lin undang untuk projek khas, saya akan pertimbangkan sekiranya masa mengizinkan.”

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin, menyatakan bahawa kerjasama selama lebih setahun dengan Shuib adalah langkah strategik stesen radio tersebut dalam perancangan tahunan 2023.

“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian perancangan tahunan, tetapi juga satu pengalaman berharga.”

Sebelum bergabung dengan Suria FM, Shuib pernah menjadi hos bagi segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM bersama Shuk dan Fizie.

BACA: “Bapak tiba-tiba tukar nama company pada nama aku, satu hari aku dapat surat saman mahkamah, rupanya ini bapak buat!”