Selebriti serba boleh, Elly Mazlein, mengakui dirinya memilih untuk menyembunyikan wajah dua orang anaknya
Dalam setiap hantaran foto yang dimuat naik di platform Instagram.
“Saya memang memilih untuk sembunyikan wajah anak dalam media sosial selagi boleh.
Sebab itu saya hanya letak emoji dalam Instagram sahaja,” katanya.
“Namun, kalau di luar (semasa berjalan-jalan bersama keluarga) saya okay dan anak-anak tidaklah sampai kena pakai topeng.
Memang bila di luar, ada orang yang terjumpa pasti akan menegur Sefhia yang sudah besar.
“Cuma, di media sosial sahaja saya tidak kongsikan wajah mereka kerana lebih banyak kebaikan,” tambahnya lagi.
“Saya nak anak-anak saya membesar seperti kanak-kanak lain. Seperti kita dulu, mereka bebas keluar tanpa menarik perhatian ramai. Saya mahu anak-anak saya merasai pengalaman itu.
“Nanti, apabila sudah besar, terpulang kepada Sefhia sama ada dia ingin mempunyai akaun media sosial sendiri seperti Instagram, TikTok, dan sebagainya,” ujar Elly Mazlein.
Selain itu, Elly bersyukur kerana anak perempuannya, Putri Sara Sefhia Azmi, memahami keputusannya setelah beliau menjelaskan kebaikan dan keburukan dalam sesuatu perkara.