Di Malaysia, lif merupakan kemudahan lazim yang terdapat dalam bangunan bertingkat lima dan ke atas, memudahkan penghuninya bergerak dari tingkat ke tingkat dengan lebih mudah.
Lif bukan sahaja mempercepatkan pergerakan penghuni, tetapi juga berguna dalam keadaan kecemasan seperti membawa orang sakit ke hospital.
Salah satu ciri yang kerap ditemui dalam lif adalah cermin di dalam kabinnya.
Namun begitu, apakah tujuan sebenar cermin tersebut? Adakah ia untuk tujuan hiasan atau keselamatan? Mari kita kaji kenapa sesetengah lif memasang cermin di dalam kabin.
Sejarah lif bermula sejak zaman purba untuk membantu angkat barang berat semasa pembinaan struktur bangunan. Pada masa kini, lif moden dilengkapi dengan ciri keselamatan yang terjamin. Ciri keselamatan ini telah berkembang pesat, termasuklah penemuan brek keselamatan oleh Elisha Otis, yang mencegah lif jatuh dalam keadaan yang berbahaya.
Bagi sesetengah individu yang mengalami claustrophobia, lif boleh mencetuskan rasa cemas. Oleh itu, cermin dipasang untuk membantu mengurangkan rasa tertekan tersebut. Dengan adanya cermin, pengguna lif akan teralih perhatian dan merasa lebih selesa serta selamat.
Cermin dalam lif juga memberikan ilusi ruang yang lebih besar, membantu mengurangkan rasa sesak. Ini membolehkan pengguna lif merasa lebih selesa ketika berada di dalamnya.
Jadi, tujuan utama cermin dalam lif adalah untuk mengalihkan perhatian pengguna daripada keadaan yang menakutkan serta memberikan ilusi ruang yang lebih besar dalam kabin lif.
BACA: Akhirnya kerajaan benarkan ahli kwsp guna akaun 2 untuk beli..