Bukan saja-saja buat, ini maksud sebenar isyarat tangan Tunku Azizah

Oleh FAHMI ABBAS

Pada 30 Januari 2024 (hari ini), merupakan hari terakhir Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memegang gelaran Yang di-Pertuan (YDP) Agong ke-16 dan Permaisuri.

Kewibawaan dan peribadi kedua-dua individu tersebut sepanjang lima tahun pemerintahan negara telah meninggalkan kesan mendalam di kalbu rakyat Malaysia.

Perpisahan kedua-dua baginda disertai dengan suara azan yang merdu yang berkumandang di perkarangan Istana Negara pada pagi Selasa,

Bukan saja-saja buat, ini maksud sebenar isyarat tangan Tunku Azizah

manakala gelaran Yang Di-Pertuan Agong baru diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Antara momen yang menggetarkan hati Raja dan Permaisuri semasa perpisahan mereka adalah mini love daripada Al-Sultan Abdullah dan isyarat tangan yang diberikan oleh Tunku Azizah.

Kelakuan kedua-dua pemimpin itu telah dirakamkan dalam satu gambar yang mencuit hati.

Lebih menarik lagi, isyarat tangan yang ditunjukkan oleh Tunku Azizah telah menarik perhatian ramai, dan ramai juga yang tertanya-tanya tentang maksud sebenar di sebaliknya.

Tunku Azizah “Sweet” Betul, Gunakan Isyarat Tangan

Mungkin ramai yang menganggap isyarat tangan yang diperlihatkan oleh Tunku Azizah sebagai gaya “rock,” tetapi sebenarnya, ia membawa maksud I Love You dalam bahasa isyarat.

Portal Lingvano memberitahu bahawa isyarat tangan I Love You (I-L-Y) merupakan simbol yang sering digunakan oleh individu yang mengalami masalah pendengaran dan bisu.

Ia juga sering digunakan oleh masyarakat untuk menyatakan perasaan.

Isyarat tangan I Love You bermula dengan mengangkat anak jari tangan secara menegak, yang merujuk kepada huruf I (Saya), manakala ibu jari dan jari telunjuk juga dinaikkan membentuk huruf L (Love atau Sayang). Ibu jari dan anak jari tangan sebelah (kiri atau kanan) juga dinaikkan serentak, menyatakan huruf Y (You atau Kamu).

Senang sahaja, bukan? Semoga perkongsian ini memberikan sedikit pencerahan mengenai bahasa isyarat.

Pengguna media sosial yang mengetahui makna isyarat tangan ini memberikan pujian kepada Tunku Azizah. Sambil itu, mereka turut meluahkan rasa sedih melihat perpisahan tersebut.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh pemerintahan mereka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

“Sesungguhnya, ia menjadi sumber kekuatan dan dorongan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara sejak 31 Januari 2019.

“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong turut mengucapkan terima kasih kerana amanah dan tanggungjawab yang dilaksanakan dengan sepenuh kudrat dan keikhlasan hati baginda.

“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong berdua menamatkan tempoh pemerintahan dengan perasaan sedih kerana perpisahan ini, namun dengan perasaan gembira kerana berangkat pulang untuk bersemayam di Pahang Darul Makmur bersama dengan rakyat,” tulis Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook.

BACA: “Dalam tahun ini pakcik ada minta slip gaji dari ayah saya sebab dia nak buat loan dan minta ayah jadi penjamin tapi hutang dulu pun tak bayar lagi”