Polis sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pelanggaran trafik sebagai kesalahan yang tidak boleh dikompaun.
Ini bermaksud, pesalah yang melanggar lampu merah perlu membawa kes mereka ke mahkamah
Dan tidak hanya membayar denda seperti biasa.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Persekutuan, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata
langkah ini sedang dipertimbangkan sebagai usaha untuk membanteras kes-kes pemandu
yang melanggar lampu merah, yang baru-baru ini mengakibatkan beberapa kematian.
“Ini adalah salah satu rancangan kami untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang ingkar,” tambahnya.
BACA: Tak mahu pekerja membujang, majikan beri elaun khas kepada kakitangan yang bercinta