Kelahiran seorang bayi mengejutkan doktor yang menyambutnya apabila bayi itu dilahirkan dengan tali pusat terbelit
sebanyak enam kali di lehernya, menyerupai seekor ular.
Doktor di Hospital Yichang, Hubei, China, Li Haur, yang telah berpengalaman sebagai pakar sakit puan selama 23 tahun
, berkata bahawa ini adalah kali pertama beliau menemui kes sedemikian.
Walaupun bayi tersebut dilahirkan dengan tali pusat terbelit secara kronik, ia dilahirkan dalam keadaan sihat.
Li, yang juga merupakan Pengarah Obstetrik di hospital berkenaan, mengatakan bahawa ini adalah kes pertama dalam kerjayanya di mana tali pusat melilit leher bayi seperti perhiasan leher yang digunakan oleh sesetengah etnik.
“Saya telah bekerja selama 23 tahun dan ini kali pertama saya melihat tali pusat melilit leher bayi dengan cara sebegini.
“Walau bagaimanapun, bayi ini tidak mengalami kecederaan serius selepas tali pusat dikeluarkan daripada lehernya,” katanya.
Menurut Li, doktor telah mengenal pasti masalah tali pusat yang melilit leher bayi tersebut semasa pemeriksaan dalam kandungan ibu, tetapi mereka tidak menyangka ia akan membentuk enam lilitan.
Ibu bayi tersebut, dikenali sebagai Dai, berasa sangat gembira kerana bayinya sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.
“Saya gembira bayi saya tidak mempunyai masalah,” katanya.
BACA: