Budak ‘taksub’ dengan ikan mentah, siap buat jadi bantal

Oleh MHDAILY

Budak ‘taksub’ dengan ikan mentah, siap buat jadi bantal. Tidak dinafikan, kanak-kanak atau bayi yang sedang membesar sememangnya mempunyai banyak kerenah yang sesekali sukar untuk dikawal oleh para ibu bapa. Lebih-lebih jika ibu bapa atau penjaga perlu kawal masalah ‘tantrum’ yang berlaku semasa di luar rumah.

Pada umumnya, setiap kanak-kanak mempunyai sifat dan minat mereka yang tersendiri. Kadangkala, minat mereka adalah perkara yang berada diluar akal fikiran kita sebagai orang dewasa atau ibu bapa.

Seperti satu video oleh seorang individu di aplikasi TikTok, Farisha Iris kongsikan moment yang melucukan apabila anak saudaranya yang sedang tidur sambil peluk seekor ikan mentah. Difahamkan, kanak-kanak tersebut sangat sukakan ikan.

Budak 'taksub' dengan ikan mentah, siap buat jadi bantal

Dalam pada itu, menerusi satu lagi video yang dimuat naik, kelihatan anak saudaranya yang sedang menangis dipercayai tidak mahu mandi. Menarik dan uniknya, kanak-kanak itu enggan dipujuk dengan permainan lain selain ikan mentah.

Sebaik sahaja Farisha menghulurkan seekor ikan, kanak-kanak ini terus diam dan bermain dengan ikan tersebut. Saksikan telatah comelnya menerusi video yang telah kami kongsikan di bawah.

Apa kata netizen.

Meneroka ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan ia adalah satu perkara yang comel dan melucukan. Jom lihat apa kata netizen mengenai video ini.

“Patut lah ibu masak ikan hilang satu…”

“Tidur berbau ikan ya baby…”

“Lain dari yang lain mainan dia…”

@farisha_iris Bertuahnya anak ku ❤️ Dia suka fish, dia peluk fish sampai tertidur. So kena la tunggu dia tidur, pastu simpan balik fish tu 🥹 #fyp #fypシ ♬ original sound – Farisha Iris – farisha iris

BACA:

Luahan teman lelaki Syazlin Zainal buat semua terkejut

Aman salam semua cikgu sebelum ‘pergi’, kanak-kanak mangsa lemas beri petanda..

Terkilan dengan kenyataan Wafariena, Iqbal tampil bersuara bagi ayat padu