Budak sekolah curi duit nenek RM64K, kongsi pulak dengan rakan sekelas. Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Florida, Amerika Syarikat mengedarkan wang tunai bernilai beratus-ratus dolar kepada setiap seorang rakan sekelasnya yang dicuri daripada peti keselamatan milik neneknya, lapor stesen penyiaran NBC News semalam.
Polis daerah Marion bertindak balas ke lokasi kejadian di Sekolah Menengah Lake Weir di Summerfield, Khamis lalu, selepas menerima beberapa laporan mengenai seorang pelajar memberikan wang kepada rakan-rakan sekelasnya.
Pegawai sekolah yang menjalankan pemeriksaan ke atas beg pelajar berusia 14 tahun itu menemui wang tunai berjumlah kira-kira AS$2,500 (RM11,847), kata timbalan polis.
Remaja perempuan berkenaan pada awalnya mendakwa dia menerima wang tersebut daripada seorang bekas pelajar lain yang memintanya membantu mengedarkan wang itu.
Polis kemudian mendapati bahawa dia sebenarnya memecah peti keselamatan milik neneknya di rumah dan mencuri wang simpanan berjumlah kira-kira AS$13,500 (RM63,975).
Nenek pelajar berkenaan memberitahu bahawa wang itu adalah hasil daripada jualan sebuah rumah miliknya, selain remaja tersebut mengaku memecah peti keselamatan tersebut menggunakan pemutar skru dan pencungkil besi.
Remaja tersebut tidak memberitahu sebab dia mengambil duit itu dan memberikannya kepada rakan-rakan sekelasnya, namun mengakui menyerahkan wang tersebut di sekolah dan perhentian bas.
Dia kini berdepan dakwaan mencuri sejumlah wang yang besar.
BACA:
Ustaz maahad tahfiz kahwin gadis dari Hawaii jadi perhatian