Seorang kanak-kanak berumur lapan tahun, mencapai pendapatan sebanyak RM 124 juta tahun ini melalui saluran YouTube-nya,
Ia menjadikannya pencipta konten dengan bayaran tertinggi di platform perkongsian video tersebut.
Ini berdasarkan senarai yang diterbitkan oleh majalah Forbes pada Rabu (18 Dis).
Kaji, yang nama sebenarnya Ryan Guan, sebelum ini telah mencatatkan pendapatan tertinggi di platform tersebut tahun lalu dengan jumlah AS$22 juta (S$29 juta).
Saluran ‘Ryan’s World’, yang dilancarkan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut pada 2015, hanya berusia tiga tahun tetapi sudah mampu menarik perhatian 22.9 juta pengikut.
Asalnya dikenali sebagai ‘Ryan ToysReview’, saluran tersebut memaparkan aksi kanak-kanak tersebut membuka kotak mainan dan bermain dengan mainan-mainannya.
Beberapa video yang dikongsi telah mendapat lebih dari satu bilion tontonan dan saluran tersebut menerima hampir 35 bilion tontonan sejak penubuhannya, menurut perangkaan dari laman web analitik Social Blade.
Walaupun saluran tersebut telah menukar namanya baru-baru ini, selepas sebuah pertubuhan hak pengguna, Truth in Advertising, mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat, saluran tersebut melalui perubahan sementara Ryan kini berusia.
Kini, ia menawarkan lebih banyak video yang mempunyai unsur pendidikan selain daripada hanya fokus kepada mainan.
Menurut ranking Forbes, Ryan Kaji mengatasi saluran ‘Dude Perfect’ yang berada di tempat kedua dengan pendapatan AS$20 juta (S$27 juta).
Saluran ‘Dude Perfect’, yang dikendalikan oleh sekumpulan sahabat dari Texas, antara lain memaparkan cubaan mereka melakukan pelbagai aksi sukar seperti cuba menjaring bola keranjang dari atas bangunan atau helikopter.
Menempati tangga ketiga pula ialah bintang YouTube kanak-kanak lain, Radzinskaya, warga Rusia. Walaupun berusia lima tahun, dia telah meraih pendapatan sebanyak AS$18 juta (S$24 juta)
BACA: Dari 6% jadi 8%, ini fakta tentang SST yang ramai tak tahu