Budak 6 tahun raih pendapatan juta ringgit sebulan dengan hanya bermain mainan

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Dengan pendapatan yang lumayan itu, dia telah membeli sebuah bangunan lima tingkat bernilai RM33 juta.

Youtube merupakan satu platform yang digunakan untuk menyampaikan pelbagai maklumat dalam bentuk video.

Selain sebagai sumber maklumat, Youtube juga menjadi medium untuk mengaut keuntungan dan malah dijadikan sebagai kerjaya oleh sesetengah individu.

Budak 6 tahun raih pendapatan juta ringgit sebulan dengan hanya bermain mainan

Banyak “Youtuber” berjaya mendapat pendapatan lumayan sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan dengan menghasilkan video berkualiti untuk dimuat naik ke laman Youtube.

Seorang bintang cilik Youtube, Boram, bukan pengecualian. Pendapatan bulanannya mencecah jutaan ringgit.

Walaupun usianya baru enam tahun, dia mempunyai 30 juta pengikut untuk dua saluran Youtube miliknya iaitu Boram Tube Vlog dengan 17.5 juta pengikut dan Boram Tube ToyReview dengan 13.6 juta pengikut.

Beberapa video yang dimuat naik telah menarik lebih daripada 300 juta penonton, menjadikan pendapatan Boram mencecah RM12.8 juta setiap bulan.

Dengan pendapatan yang lumayan itu, dia telah membeli sebuah bangunan lima tingkat bernilai RM33 juta di daerah Gangnam, Seoul.

Bangunan tersebut, yang dibina pada tahun 1975, terletak di atas tanah seluas 258 meter persegi di pasar raya Cheongdam-dong, Gangnam. Walau bagaimanapun, motif pembelian bangunan tersebut masih menjadi misteri.

BACA: “Aku ceraikan isteri lepas dia ditangkap khalwat dalam rumah kami sendiri, lepas 5 bulan aku intai kehidupan dia dari jauh, tak sangka..”