Budak 11 tahun kongsi teknik naikkan ikan keli berat 68kg raih perhatian netizen

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Seorang kanak-kanak dari United Kingdom, Joshua Davenport, dilaporkan berjaya menangkap ikan keli

seberat 68.94 kilogram semasa bercuti di Sepanyol, seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail.

Kejayaan ini membuat Joshua, yang berusia 11 tahun, meraih rekod Eropah untuk kategori ikan air tawar terbesar yang pernah ditangkap oleh seorang kanak-kanak.

Budak 11 tahun kongsi teknik naikkan ikan keli berat 68kg raih perhatian netizen

Ikan raksasa itu berhasil ditangkap oleh Joshua ketika dia sedang memancing bersama ibu, bapa, dan sepupunya di Sungai Ebro.

Ibu Joshua, Lorna, berkata bahawa mereka melihat batang pancing Joshua membengkok dengan kuat ketika umpan disambar oleh ikan keli tersebut.

Menurut Daily Mail, Joshua terpaksa melibatkan diri dalam pertarungan selama 25 minit sebelum berjaya menaklukkan ikan tersebut.

Selain beratnya yang mencapai puluhan kilogram, panjang ikan keli itu juga mencapai 9 kaki, melebihi ketinggian Joshua yang hanya 5 kaki 5 inci.

Kejayaan ini bukan sahaja mencipta rekod Eropah, tetapi juga melangkaui pencapaian peribadi Joshua yang sebelum ini hanya pernah menangkap ikan seberat 50 kilogram.

Menurut Lorna, memancing telah menjadi hobi kesukaan anaknya sejak lama. Joshua menunjukkan minatnya dalam aktiviti memancing sejak berusia 4 tahun.

“Memancing adalah segala-galanya bagi Josh. Dia memegang joran pertamanya pada usia empat tahun dan ikan keli pertama yang berjaya ditangkapnya beratnya adalah 10 kilogram ketika berusia enam tahun,” kata Lorna.

Lorna menambahkan bahawa Joshua selalu bermimpi untuk menangkap ikan keli berat 45 kilogram ke atas, dan ketika mereka melihat batang pancing membengkok, mereka tahu ikan itu sangat besar.

Oleh itu, Joshua bersungguh-sungguh untuk mendaratkan ikan tersebut tanpa melepaskan peluang yang berharga.

BACA: “Sebaik sahaja anak kedua lahir, aku mula rasa rimas, masa dalam pantang lagi, aku sampai rasa nak bagi je anak dekat orang”