“Buatan orang ni..”Darah keluar dari dinding rumah masa akad nikah buat tetamu tergamam

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

BEBERAPA kejadian aneh berlaku pada sebuah majlis perkahwinan sehingga menyebabkan ramai berteka-teki tentang kisah di sebaliknya.

Insiden pertama bermula dengan pengantin perempuan pitam selain muntah-muntah sebelum akad nikah berlangsung

Turut mengejutkan ahli keluarga terdekat apabila terdapat titisan cecair berwarna merah pekat keluar daripada dinding di bilik pengantin.

Menerusi video yang dikongsikan di platform Instagram, keluarga pengantin yang menetap di Indonesia itu didengari saling bertanya mengenai punca dan jenis cecair yang muncul.

Mereka akhirnya menganggap ia sebagai kebocoran biasa dan berfikiran cecair itu mungkin sisa air kotor.

“Buatan orang ni..”Darah keluar dari dinding rumah masa akad nikah buat tetamu tergamam

Darah keluar dari dinding rumah masa akad nikah buat tetamu tergamam, “buatan orang ni..”

Video itu bagaimanapun menarik pandangan berbeza daripada netizen yang melihat ia sebagai kejadian mistik.

“Saya pernah terkena perkara sama, lebih banyak cecair yang keluar. Tidak tahu punca daripada mana. Rasanya ada orang yang ‘hantar-hantar’ atau angkara buatan orang.

“Petua yang saya guna dulu adalah dengan menggosok bawang putih pada bahagian dinding yang keluar cecair itu dan memperbanyakkan membaca al-Quran,” kata sebahagian warga maya.

BAca Gelagat pelajar berlainan bangsa kongsi sebungkus nasi buat ramai sebak