Buang sampah je, lelaki kena denda RM15K

Oleh MHDAILY

Buang sampah je, lelaki kena denda RM15K. Padah melonggokkan sisa pepejal komersial di lokasi tidak diwartakan menyebabkan sebuah syarikat ubah suai kediaman didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hakim Darmafikri Abu Adam, menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Jun Kiat Trading, yang diwakili pengarahnya Tan Choon Kiat, 55, selepas tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa melonggokkan sisa pepejal komersial dalam kejadian di kawasan tanah di Mukim Batu Berendam, di sini, kira-kira jam 1.10 petang pada 16 Ogos 2022.

Buang sampah je, lelaki kena denda RM15K

Oleh itu, syarikat terbabit didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 71(8) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga pembantu penguat kuasa membuat intipan dan pemantauan di kawasan berkenaan pada hari kejadian.

Pasukan itu kemudian mendapati sebuah lori mencurigakan model Nissan dengan muatan penuh menuju ke lokasi di Jalan Bidadari berhampiran Taman Sutera Wangi dan bertindak melonggokkan sisa pepejal terkawal (sisa pepejal komersial).

Siasatan mendapati, perbuatan dilakukan seorang individu yang juga pemilik kepada semua syarikat perniagaan berkaitan kerja kayu seperti membaik puluh perabot dan kabinet dapur.

BACA JUGA :

140 Ketua Bahagian UMNO sepakat tolak jawatan Presiden, timbalan tidak dipertandingkan

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room