BSN buka permohonan skim rumah pertama, mohon sekarang. BSN MyHome-i skim pembiayaan perumahan yang ditawarkan bagi membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah pertama mereka.
Ciri-Ciri Pembiayaan
Ciri-ciri pembiayaan ini adalah seperti berikut:
Pembelian rumah kediaman pertama sahaja.
Pembelian rumah untuk didiami sendiri.
Pembelian hartanah sudah siap dan rumah dalam pembinaan.
Nilai hartanah sehingga RM500,000.
Pembiayaan ini mudah dimohon dan disediakan di semua Cawangan Utama BSN di seluruh negara.
Tempoh Pembiayaan
Tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah minimum 5 tahun dan maksimum 35 tahun atau berumur tidak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
Syarat Kelayakan
BSN buka permohonan skim rumah pertama, mohon sekarang
Syarat kelayakan yang dikenakan terhadap pemohon adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun hingga 60 tahun semasa memohon dan tidak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan
Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap pemohon (perseorangan).
Mempunyai bukti pendapatan yang sah.
Permohonan perseorangan (individu) atau bersama (suami/isteri)
Untuk pembelian hartanah kediaman pertama sahaja
Tidak mempunyai rekod bayaran terjejas selama 12 bulan yang lalu
Tidak diisytihar sebagai seorang yang muflis
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
Layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myhome-i-srp?lang=ms-MY&csrt=12809012548085818567.
Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
Pihak BSN akan menghubungi pemohon.
Bawa dokumen yang diperlukan ke cawangan BSN yang berhampiran.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai BSN MyHome/i, sila layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myhome-i-srp.
BACA:
Fikry Ibrahim diganti dengan Aiman Hakim dalam Nusyuz Berkiblat Cinta cetus persoalan
Gambar MK K-Clique pegang tangan teman wanita tular, rupanya kekasih anak kenamaan