Botol deodoran termasuk dalam punggung, doktor mengeluh tengok. Seorang lelaki di India dikejarkan ke hospital selepas memasukkan botol deodoran ke dalam dubur dengan barang tersebut terperangkap selama tiga minggu sebelum dikeluarkan oleh doktor, lapor akhbar New York Post semalam.
Lelaki berusia 27 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu dibawa ke sebuah pusat perubatan di negeri Bengal Barat Rabu lalu, selepas mengalami sakit teruk pada bahagian perut.
Imbasan X-ray menunjukkan bahawa terdapat botol deodoran sepanjang 19 sentimeter tersekat pada kolon berhampiran duburnya.
Doktor-doktor percaya pesakit berkenaan memasukkan botol tersebut meskipun alasan kepada tindakannya itu tidak dijelaskan, namun menolak penjelasan untuk menjadikan bahagian belakangnya lebih wangi.
Lebih buruk, botol itu dilaporkan telah berada di dalam punggungnya selama 20 hari kerana lelaki berkenaan gagal mengeluarkannya.
Nyawa lelaki berkenaan juga dipercayai berada dalam bahaya sekiranya dia tidak pergi ke hospital dengan segera.
“Ia adalah sesuatu yang sukar buat kami. Kami merawat pesakit tersebut dengan penuh berhati-hati,” kata penguasa hospital Kolej Perubatan Burdwan, Tapas Ghosh.
Pasukan doktor akhirnya berjaya mengeluarkan botol deodoran tersebut dalam satu pembedahan selama dua jam selepas membelah perut pesakit.
Lelaki berkenaan mengalami kerosakan pada kedua-dua esofagus dan ususnya, kecederaan yang mungkin memerlukan pembedahan lain pada masa akan datang, kata doktor.
Dia juga perlu dipantau oleh pasukan perubatan dalam tempoh tujuh hari sekiranya berlaku sebarang komplikasi lanjut.
BACA:
“Sanggup jual buah pinggang hanya untuk beli iphone 14”
Suka hati potong barisan, kereta Exco Johor kena saman
Ada 150 Juta pengikut, Khaby Lame terima RM3.4 Juta bagi setiap video tiktok