Boss Mydin sanggah MP Pas Menu Rahmah punca penyakit

Oleh MHDAILY

Boss Mydin sanggah MP Pas Menu Rahmah punca penyakit. Menu Rahmah berharga murah tidak bermakna peniaga jual makanan yang rendah kualitinya kepada pembeli kata boss besar Mydin, Ameer Ali Mydin.

Kenyataan boss Mydin itu adalah maklum balas terhadap Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali yang mengatakan Menu Rahmah makanan rendah kualiti yang boleh mendedahkan orang ramai kepada risiko penyakit termasuk kanser dan autisme*

Dr Halimah tidak sepatutnya buat andaian dan kenyataannya akan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Boss Mydin sanggah MP Pas Menu Rahmah punca penyakit

“Sebenarnya adalah sangat salah apabila dia beranggapan orang (penjual) akan memberikan makanan yang tidak berkualiti kerana kami menjual pada harga yang lebih murah.

“Sejak awal, terutamanya di Mydin, dan persatuan nasi kandar, kami telah menyatakan bahawa kualiti makanan tidak akan terjejas.

“Dia juga harus ingat bahawa kami berniaga dan kami berada di sini untuk perniagaan jangka panjang. Jika kami mula memberi makanan berkualiti rendah bukan sahaja reputasi Menu Rahmah akan terjejas, tetapi reputasi perniagaan kami sendiri, sama ada Mydin atau apa sahaja. ,” katanya.

“Makanannya sama, tidak ada kompromi (mengenai kualiti), satu-satunya perkara ialah apabila anda menjual pada margin yang rendah, ia tidak akan menampung keseluruhan kos overhed kedai, atau kedai mamak atau apa sahaja perniagaan.

Sementara itu, Menteri KPDN turut menyindir Dr Halimah, “Ohhhh. Baru saya sedar rupa-rupanya kanser ini tak wujud di dunia sehingga adanya Menu Rahmah,” katanya.

Manakala seorang ahli parlimen juga melahirkan rasa kecewanya terhadap Dr Halimah memandangkan kelayakkanya sebagai seorang doktor perubatan.

BACA:

Kini menu rahmah temui anda di hentian rehat Plus

“Madu ingat suami aku kaya, company tu aku punya, sekali aku pergi umrah doa supaya dapat madu lagi satu, tak sangka makbul!