Bosan tak tahu nak buat apa punca lelaki keluar waran tangkap diri sendiri

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Seorang lelaki di utara China ditahan sementara oleh polis kerana menerbitkan waran tangkap palsu

untuk dirinya sendiri di media sosial kerana berasa bosan, lapor South China Morning Post.

Lelaki bernama Wang itu memuat naik hantaran bertajuk ‘Wanted Order’ bersama gambar dirinya pada 11 November.

Dalam hantaran itu, Wang mendakwa berasal dari daerah Qinyuan, bandar Changzhi, wilayah Shanxi,

Dan mengaku melakukan peras ugut berjumlah 30 juta yuan terhadap sebuah syarikat pada 10 November 2024.

Bosan tak tahu nak buat apa punca lelaki keluar waran tangkap diri sendiri

Dia juga mendakwa memiliki mesingan dan 500 peluru, serta menawarkan ganjaran 30,000 yuan kepada sesiapa yang menemuinya.

Polis tempatan menyedari hantaran tersebut pada 12 November dan menangkap Wang beberapa jam kemudian.

Selepas pemeriksaan, polis mengesahkan bahawa Wang tidak memiliki barangan haram seperti yang didakwanya dan tidak memeras ugut mana-mana syarikat.

Wang mengaku mereka-reka waran tangkap itu kerana bosan dengan kehidupannya.

Polis mengenakan ‘langkah paksaan jenayah’ ke atas Wang kerana mencipta dan menyebarkan maklumat palsu, yang merujuk kepada tindakan polis menyekat kebebasan peribadi suspek termasuk penahanan, penangkapan, jaminan, dan kehidupan yang dipantau untuk tempoh tertentu.

BACA: Patutlah tergesa-gesa minta sijil kematian isteri, rupanya tak sabar tuntut pampasan insuran