Boleh ke tak sebenarnya baju raya warna ‘brick orange’ ni? Sekali ini respon Pu Amin

Oleh FAHMI ABBAS

Kontroversi mengenai kesahihan pemakaian baju raya berwarna brick orange bagi lelaki telah menjadi tular di media sosial.

Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin, memberikan penjelasan mengenai isu panas ini.

Persoalan ini timbul kerana ramai yang memilih warna tersebut sebagai tema untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

Boleh ke tak sebenarnya baju raya warna 'brick orange' ni? Sekali ini respon Pu Amin

Ketika berbual dengan Era FM, PU Amin menjelaskan bahawa terdapat dalil yang mengharamkan lelaki Muslim memakai baju berwarna jingga kerana ia dikaitkan dengan barang perhiasan wanita.

Warna-warna seperti jingga, merah, dan terang dahulu dihasilkan daripada pewarnaan menggunakan safron dan sering dikaitkan dengan barang hiasan wanita, itulah sebabnya pemakaian warna tersebut diharamkan.

Bagaimanapun, beliau menerangkan bahawa hukum pemakaian baju berwarna terang telah berubah menjadi harus kerana ia tidak lagi dianggap menyerupai pakaian wanita. Tambahan pula, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengenakan pakaian berwarna merah pada suatu masa dahulu.

PU Amin menegaskan bahawa tidak ada masalah bagi lelaki untuk memakai baju berwarna terang, termasuk brick orange, dan contoh dari tindakan Nabi SAW sendiri memberikan pemahaman yang jelas mengenai perkara ini.

Melalui penjelasan PU Amin ini, diharapkan persoalan mengenai pemakaian baju berwarna brick orange telah terjawab dengan jelas.

BACA: Suami sibuk dengan perempuan lain, aku dengan anak dah lemas ni dia tak perasan, rupa-rupanya ini semua plan mak mertua aku