‘Boleh jana RM10K sebulan!’- Ini 6 jenis bisnes modal rendah yang boleh anda buat. Kalau anda ada perancangan nak buka bisnes tapi nak cari bisnes modal rendah, ini ada idea best. Malah bisnes modal rendah ini juga mampu menjana pulangan bulanan yang lumayan.
Idea bisnes modal rendah ini dikongsikan oleh Muizz Mahari menerusi entri Facebooknya. Menurut pengalaman dirinya dan orang lain, enam jenis bisnes ini mampu mengaut pulangan sebanyak RM10 ribu sebulan. Wow! Banyak bukan?
Selain sesuai untuk mereka yang diberhentikan kerja, surirumah atau penganggur, peluang ini juga harus direbut jika anda inginkan duit sampingan.
Jom baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat.
6 JENIS PERNIAGAAN MODAL RENDAH TAPI PULANGAN BERSIH RM10,000 SEBULAN.
Ok tadi aku ada janji nak share cara nak cari duit RM10K sebulan tanpa modal yg besar kan? Perniagaan ini sesuai untuk mereka yg dibuang kerja, mahasiswa yg menganggur, suri rumah, pemuda lepasan spm atau bekas staf Malaysia Airlines yg dibuang kerja baru2 ini. Meh aku listkan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana2 yang sesuai dengan korang.
1. Berniaga Buah Potong
Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat/kilang) paling koman korang akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500
2. Khidmat Potong Rumput
Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, so kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.
3. Menjual Nasi
Menjual nasi RM4 di kawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan FB untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800
4. Menjual Air
Jual air RM1/cup depan sekolah time pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg & sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg. Menjual 300 cup untuk satu sesi itu bukan perkara yg mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar. Rata2 penjual air bgtau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080
5. Berniaga Apam Balik
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yg berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar RM12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240.
6. Jadi Ejen Jualan Produk
Jadi agent jualan produk, pilih yg laku keras bulan tu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50/item, jual guna FB Ads (tak tau guna FB Ads pergi belajar – power editor), sehari letak kos iklan RM80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM550, tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110 = bersih RM360 × 30 hari = RM10,800
Ada banyak lagi perniagaan yg memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dulu. Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dgn diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.
LIKE & SHARE supaya ilmu ini dapat disebarluaskan lagi kepada mereka yang betul2 memerlukan untuk menyelesaikan hutang, kos rawatan anak2, ibu ayah yg sakit atau membeli barangan dapur.
BACA:
Amiruddin jawab Azmin, ‘prestasi Selangor meningkat selepas kamu tak jadi MB’
Caprice ‘belasah’ Cikgu Fadli, “baru femes sikit dah sombong”
Nas Daily akhirnya lepas masuk Malaysia selepas lama simpan hasrat