Bintang bola sepak negara maut akibat ditikam

Oleh MHDAILY

Bintang bola sepak negara maut akibat ditikam. Seorang pemain bola sepak dilaporkan maut akibat ditikam dalam serangan rambang yang berlaku di selatan Sepanyol.

Maut ditikam dalam serangan rambang

Memetik laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali sebagai Francisco Naval Perez berusia 24 tahun merupakan pemain kelab Chipiona CF.

Bintang bola sepak negara maut akibat ditikam

Menurut pihak berkuasa Sepanyol, suspek yang tidak didedahkan identiti bertindak menyerang dan menikam mangsa dengan menggunakan pisau besar di bahagian dada tanpa sebarang sebab.

Susulan daripada serangan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia pada Ahad lalu.

Hasil siasatan setakat ini, suspek yang berusia 20 tahun itu dan mangsa tidak mempunyai sebarang kaitan dan insiden berkenaan diklasifikasikan sebagai serangan rambang.

Sebagai info, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

BACA:

Dia buat mall macam rumah sendiri siap jemput member datang main PS5! Lelaki ini dedah macam mana dia ada rumah dalam mall

“Suami aku sejadah pun jarang sentuh, bila ajak solat nak layan pubg dulu, sampai la aku terjumpa sorang laki ini pula jadi”