Bini takde kat rumah, seronok tidur rumah mertua sampai aku nekad nak jadi bujang balik”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Isteri yang baik adalah cerminan seorang suami. Jika baik suami maka baiklah sifat isterinya itu di mata semua yang melihat.

Tanggungjawab seorang suami sangatlah besar dari segi menafkahi isteri dan anak hinggalah mendidik mereka memahami ilmu-ilmu agama.

Jarang kita mendengar kisah lelaki yang teraniaya dalam alam perkahwinan namun

kisah ini pasti dapat mematangkan pemikiran sesetengah wanita yang suka mementingkan diri sendiri.

Salam dan Hi! Tajuk panas bukan? Hihi. Kenalkan nama aku Ikiy, berumur lewat 20-an.

Bini takde kat rumah, seronok tidur rumah mertua sampai aku nekad nak jadi bujang balik”

Dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Selalunya perempuan yang akan confess, kali ni biar kaum bapa pula yang meluah.

Dah lama terpendam. Biar aku luah di sini. Kalau pendam sendiri pun boleh gila. Hahaha. Pertama kali maaf kalau luahan aku agak caca marba. Ahhh pedulik la, aku luah gak! Aku ada masalah, aku dah berkahwin, tetapi aku anggap aku ni bujang.

Bukan aku anggap, tetapi dari segi isteri aku layan aku. Isteri aku dari sebelum kami kahwin dia memang home person. Maksudnya dia jenis yang memang dia duduk rumah. Dia ada diploma. Dia ada sijil. Tetapi lepas kahwin dia lagi selesa jadi surirumah katanya.

Pendapatan aku lebih dari cukup untuk sara isteri dan anak. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi, nikmat berkahwin. Cuma untuk shopping setiap bulan tu, tak la. Kalau setakat isteri nak makan luar setiap hari pun aku ok. Dan memang itulah kenyataanya. Takde masalah bagi aku tang tu. Cuma masalah aku datang bab isteri aku,

1. Dia sangat benci dengan keluarga aku. Dengan mak aku dia langsung tak bercakap beb. Bagi dia semua family aku toksik. Dari nenek aku sampai lah adik aku. Semuanya toksik bagi dia. Selama 2 tahun kami kahwin, Aku boleh kira dengan jari berapa kali je dia bercakap dengan mak aku.

Katanya mak aku narsiisis. Bapak aku pula katanya tak bertanggungjawab. Mak aku seorang wanita yang berdikari, mempunyai perniagaan restoran sendiri. Bapak tiri aku sub-contractor, interior design, landscaper. Aku datang dari keluarga yang sederhana.

Mak aku dari muda lagi diceraikan. Mak aku kahwin lain. Hubungan aku dan Bapa tiri baik-baik sahaja, bagi aku bapa tiri aku ok. Takde masalah. Cuma bagi isteri aku, bapa aku tak ok, bapa tiri aku tak ok, mak tiri aku tak ok,

Mak aku sendiri pun tak ok. Terpaling betul dan terpaling ok adalah keluarganya sahaja. Yang lain semua toksik. Semua salah. Ada je yang salah di mata dia. Segala bentuk kesalahan dia akan cari, untuk nampakkan buruk keluarga aku.

Tahun pertama kahwin, aku paham dia selalu nak balik rumah keluarganya. Selalu tu maksudnya setiap minggu. Setiap jumaat – ahad, mesti nak balik rumah keluarganya. Aku turutkan sahaja. sebab tak jauh pun, 20km lebih kurang.

Mulanya aku faham, mungkin tak biasa berenggang dengan keluarga. Tapi m4kin lama, aku jadi sunyi. Aku akan hantar dia balik rumah keluarga mertua, dan aku akan balik rumah sendiri. Isteri pula tak paham, aku dah banyak kali bagitahu, boleh kalau nak balik, tapi beringat la, kan dah kahwin.

Aku pun nak masa untuk dating. Masa untuk sama-sama bonding kemas rumah, tanam pokok sama-sama, kemas laman rumah sama-sama. Tengok wayang sama-sama. Tapi tidak, setiap hujung minggu mesti plan dengan family dia.

Bila aku cakap nak planning dengan family aku pula, dia mula la tarik muka. Aku tak suka macam tu. Aku tak nak g4duh, akhirnya aku terpa4ksa beralah. Jadi, setiap minggu akan balik rumah familynya. Mula-mula jumaat – ahad, tetiba baru baru ni, khamis malam nak balik dah, sampai isnin pagi baru nak balik rumah sendiri.

Dulu aku selalu juga ikut balik dan tidur di rumah mertua tapi bila setiap minggu nak balik, aku jadi tak selesa. Untuk pengetahuan pembaca, rumah mertua aku ada seorang adik perempuan, seorang adik lelaki. Keduanya aku anggap sebagai adik aku sendiri.

Tapi tetap aku tak selesa, sebab aur4t dan sebagainya. Bak kata orang, lebih selesa di rumah kita sendiri. Aku cuba untuk berkomunikasi, aku banyak kali cakap, “Bukan saya tak bagi balik sana, tapi berpada la. Kita dah ada anak, saya pun nak juga rasa jaga keluarga kecil kita, nak juga rasa luangkan masa dengan awak dan anak sahaja..”

Tapi akhirnya? Mesti g4duh. Sampai satu tahap tak bercakap 3-4 hari. Susah aku nak komunikasi, ajak berbincang. Aku tak pernah marah dia lepas kahwin, walau tinggi suara pun tak pernah. Apatah lagi naik tangan. Apa lagi yang tak cukup?

Baju? Aku yang bawa pi dobi layan diri. Padahal washing machine ada je kat rumah. Kenapa tak basuh kat rumah? Alasan nya, tak sempat. Aku ikutkan aje. Masak? Seminggu dia akan masak 1-2 kali sahaja. Selebihnya makan di luar, foodpanda tu dah jadi bestfriend.

Alasan? Tak sempat ada anak kecil. Aku ikutkan aje. Kemas rumah? Dulu 1 minggu sekali, sekarang? 3 minggu sekali. Alasan? Tak sempat. Ada anak kecil. Aku ikutkan aje. Malas aku nak bertekak. Untuk info, aku business sendiri, dalam FnB.

Ada FOODTRUCK aku sendiri. Jadi, aku terp4ksa kerja sampai lewat malam. Kadang-kadang sampai 2-3 pagi. Niat aku untuk kesenangan isteri dan anak. Tiada niat lain. Cuma aku sedih bila setiap kali aku join event, aku bersendirian.

Bila ada event, memerlukan aku untuk pulang lewat malam, lagi seronok isteri aku cipta alasan untuk pulang ke rumah keluarganya. Macam sekarang ni, dah seminggu aku duduk sendiri. Seolah aku bujang kembali. Aku takut, kalau sendiri, otak bujang kembali lagi. Aku tak nak.

Aku dah tinggal semua yang lepas. Cuma bila asyik ditinggalkan, aku rasa kosong. Bagi aku, baik aku bujang dari berkahwin, tapi rasa bujang? Sejujurnya family dia memang baik. Ayahnya, penyayang. Ibunya menjaga rumah dengan sangat baik.

Aku penat, sampai baru baru ni aku terdetik, biar jelah dia duduk dengan family dia seberapa lama yang dia nak. Aku jadi sem4kin selesa duduk sendiri. Sebab kalau dia ada pun, makan aku yang masak. Baju aku yang basuh.Apa yang dia nak, dia minta je. Contoh,

“Malam ni i nk KFC ye..”

“Malam ni i nak starbucks ye..”

“Malam ni kita pergi makan sana ye..”

Sekali makan confirm RM50-100. Sebulan RM2000-3000 untuk makan luar sahaja.. Belum setiap bulan beli grocery yang dia nak masak. Grocery beli setiap 2 minggu, sekali beli grocery RM500-1000. Ikan kembung tak nak, nak salmon je kalau nak makan ikan.

Belum lagi duit belanja yang aku bagi kalau dia nak beli make up, nak beli toiletries. Kalau shopping kat watson, guardian tu sebulan sekali wajib 1k. Tapi sebab itu tanggungjawab aku, aku ikutkan aje. Aku malas nak g4duh.

Kang kalau aku tak bagi, mula la berkerut muka sampai sudah. Aku penat, kerja sorang, minta tolong dia untuk sama-sama sekurangnya bantu aku support untuk berada di samping aku pun susah. Lebih baik dia balik rumah keluarga dia, bagi dia.

Sampai hari ni, aku rasa aku sem4kin selesa duduk sendiri. Biarlah, kalau panjang jodoh aku, Alhamdulillah, aku teruskan. Tapi kalau sampai sini je jodoh aku, aku dah bersedia. Bab lain boleh aku tutup mata tapi bila bab family aku dia langsung tak suka, aku jadi sedih.

Aku kecewa dia kalau bercakap dengan mak aku langsung tak pandang muka, katanya nak elak orang toksik. Entahlah, harap kalau dia dapat yang lain, boleh la jaga dia lebih baik dari aku jaga. Insha Allah. Aamin.. Sampai saat ini, aku sepi. Sendiri. Doakan aku gais!! – Suami Sunyi (Bukan nama sebenar)

Baca juga Ayah call aku beritahu mak minta cerai dengan ayah harini, rupanya mak aku curang dengan officemate