Isteri diketahui menjalinkan hubungan sulit dengan seorang Penjawat Awam sejak awal tahun 2021.
Rentetan PKP, semua rahsia terbongkar dari teks mesej sampailah gambar dan video.
Apabila ditanya sejauh mana serius hubungan dengan lelaki berstatus bujang tersebut, isteri tenang menjawab, “Sudah dua kali terlanjur sebelum ni.”
Bila ditanya sekarang nak apa, kita nak berpisah bawa hala tujuan masing-masing atau perbaiki kelemahan masing-masing,
isteri membuat akur janji untuk berubah demi anak-anak yang semuanya berusia bawah 11 tahun.
Kenapa buat macam ni?
Isteri beri alasan suami terlalu sibuk, takda masa dengar luahan dan cuba faham keadaan isteri.
Hujung Disember, 2021 punca suami lakukan lafaz takliq adalah kerana suami tangkap isteri keluar dengan lelaki tersebut di PD. Bersaksikan anak-anak, dan lelaki tersebut sendiri.
Isteri tunduk faham, sepatah sahaja menjawab mendengar takliq yang dibuat. “Ok.”
Isteri hantar teks mesej melalui WhatsApp
“Abang, saya minta maaf. Saya bukan isteri awak lagi. Saya dan dia sudah terlanjur 1/1/2022 haritu. Kita uruskanlah apa yang patut.”
Semua benda pun orang buat main sekarang ni.
Lain kali, berpisahlah dahulu secara baik, baru buat hubungan lain.
Professional dan berbudi bahasalah sedikit dengan hati dan perasaan orang lain. Tapi tulah, bila kita dah tawar hati, nak sedih atau hampa pun dah takda.. Kita follow the flow sahaja sebenarnya.
“Saya dah takda perasaan kecewa atau sedih sebenarnya..sebab since first time dia bagitau dia dah terlanjur, saya tahu dia akan buat lagi.
I’m well prepared. Saya tak nak anak-anak hilang ibu sahaja selama ni sebab tu saya stay.”
kes-kes melibatkan takliq ataupun lafaz talak di luar Mahkamah ini perlu menjalani suatu pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah.
Dalam kes ini, apabila isteri mengaku sudah berzina dengan lelaki lain menyebabkan talaq jatuh, ia perlu menjalani siasatan penuh di hadapan Qodhie untuk direkodkan keesahan jatuhnya talaq tersebut ataupun sebaliknya.
BACA:Gelagat pelajar berlainan bangsa kongsi sebungkus nasi buat ramai sebak