“Suami saya ni tukang urut sepenuh masa selepas bersara daripada kerajaan. Dia buat servis urutan di salah satu bilik di rumah.
“Mulanya saya okay untuk dia buat kerja tu sebab dia kata nak mengisi masa lapang dan tambah pendapatan,” katanya
sambil menambah ia sedikit-sebanyak dapat membantu menanggung anak-anak termasuk yang sedang belajar di universiti.
“Apabila sampai di rumah, saya terdengar suara lelaki menjerit seperti menahan sakit diikuti dengan suara suami mendesah.
“Bunyi yang saya dengar ini lain, tidak sama ketika suami mengurut apabila saya ada di rumah,” katanya.
“Kebetulan pintu bilik tidak berkunci. Sebaik buka pintu, saya terkejut nampak suami dan pelanggannya dalam keadaan tidak berpakaian.
“Tanpa berlengah lagi, saya terus menuju ke rumah keluarga anak sulung saya. Bermula daripada situ, saya memulakan proses penceraian. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan cara mudah.
“Ini nasihat kepada kaum hawa yang ada suami bekerja sebagai tukang urut. Saya baru bercerai di mahkamah pada bulan lepas sebab suami kantoi buat ‘benda’ tu dengan pelanggan lelaki dia,” katanya lagi.
Di ruangan komen, luahan hati wanita itu meraih pelbagai reaksi dari netizen.
“Pekerjaan tukang urut tu tak salah. Yang salah apabila ada nafsu sesama jenis tapi dia pandai sorok-sorok.
“Dah pencen, anak dah siap berkeluarga lagi, baru terkantoi. Yang paling kasihan nanti tiba-tiba dia atau isteri ada sakit misteri. Padahal kesan daripada penyakit kelamin.
“Jadi tukang urut zaman sekarang memang banyak ujian. Kita memang straight, tapi kerap dapat pelanggan pelik-pelik. Bekas suami akak ni mungkin dapat pelanggan gay, lepas tu goda dia pula. Iman lemah, hanyut terus,” komen netizen.
Sebagai peringatan untuk kepada semua netizen, hubungan sesama jenis adalah dilarang dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.