“Bila korang dah berjaya, korang pakat adik beradik rampas tanah yang korang tumpang sewaktu keluarga korang susah”
Dahulu keluarga bekas isteri duduk di hujung kampung dalam hutan. Rumah berdinding dan berlantaikan buluh sahaja. Minum.
mandi, basuh baju, berak dan kencing dalam sungai. Bila dah besar, dah pandai sarapan pagi kat starbuck. Mereka pakat nak merampas tanah..
Assalamualaikum. Hari nih saya cuti, cukuplah 6 hari bekerja, sehari saya berehat. Me Time With My Family. Untuk pengetahuan warga Grik, sering kali saya ingatkan kepada diri saya dan orang-orang kuat di bengkel. Be Profesional In Job. Jangan dicampurkan sekali urusan masalah peribadi dan urusan kerja.
Kepada warga Grik, tak perlu risau bila datang mendapatkan khidmat servis kenderaan di bengkel kami. Isnin hingga Sabtu, kami akan melakukan tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang telah diberikan dengan sehabis baik untuk pelanggan-pelanggan yang setia dengan kami.
Steady warga Grik. Demo tulong kita, kita tulong demo kelik deh, buleh tara tuh. Alhamdulillah, pandangan warga Grik terhadap saya sudah mula beransur ansur pulih seperti sedia kala kembali. Selama 2 minggu yang lepas, saya menjalani kehidupan di sini.
Saya telah keluar pergi cucuk vaksin, ambil mak di hospital, ikut mak beli barang-barang dapur di bandar Grik. Saya telah berurusan kerja di luar bengkel, saya telah bertemu dengan orang ramai, pandangan, teguran dan percakapan orang ramai terhadap saya dah mula ok.
Dah tiada lagi yang menjeling mata, seolah-olah saya nih teruk sangat dah takder percakapan yang menyindir, perli. Dah tiada geng-geng mummy astro yang mulut muncung ke depan apabila saya lalu di depan mereka. Mungkin mereka dah insaf. Alhamdulillah.
Kepada sesiapa yang masih berasa yang saya ini buruk perangai sebagaimana cerita-cerita fitnah yang telah dilakukan oleh bekas isteri saya dan keluarga beliau, terpulanglah. Saya tak mati bila dihina, saya tak terbang tinggi bila dipuji.
Selama 3 tahun yang lepas, saya hanya berdiamkan diri tanpa menyangkal, bersuara, bertindak balas dengan semua fitnah-fitnah yang telah dibuat ke atas saya. Emmmm, saya tetap berdiri di atas kaki saya sendiri. Saya tak mintak simpati, belas kasihan, dari orang ramai. Mak Abah saya tak pernah ajar perngai macam itu.
Selama 2 minggu ini, banyak wassap, pm, call dan ada yang datang secara berdepan, meminta maaf kerana telah tersalah sangka terhadap saya. Saya maafkan semuanya, ikhlas hati dari saya, saya paham tiada sesiapa pun di dunia ini, yang akan hendak berkawan dan menegur seorang suami yang kononnya suka naik tangan pada isteri dan anak-anak.
Ditambah pulak perisa, kononnya suami tersebut seorang kaki betong, berjudi, enjoy duit bisnes dan kaki hisap dadah. Emmmmm, cerita fitnah ini hanya laku dan dipercayai oleh orang ramai yang tidak pernah rapat dengan saya akan tetapi semua sahabat dan kenalan yang rapat, mereka semua telah banyak menolong saya untuk terangkan apa yang sebenarnya yang terjadi kepada orang ramai, siapa saya yang sebenar.
Saya mengaku, saya ni susah nak bergaul atau berkawan dengan orang ramai. Saya akan ambik masa,untuk rapat dan bukan jenis suka lepak di kedai makan dan mamak. Mungkin sebab saya telah dibesarkan di kedai nasi lemak emak saya masa kecil-kecil dulu.
35 tahun di kedai kopi emak saya dan saya melihat telatah orang ramai. Ada yang naik moto kapcai buruk tetapi sembangnya projek juta-juta dan ada yang Low Profile tetapi mempunyai latar belakang yang hebat dan tinggi.
Dan 1 lagi sebab, adalah dari tauladan dari arwah Abah yang sentiasa bersama-sama keluarga siang dan malam susah dan senang. Arwah abah saya sangat setia dengan permaisuri beliau sehingga nafas terakhir. Susah atau senang bersama-sama, tetap melindungi dan menjaga keluarga sedaya upaya beliau.
Beza benar dengan sikap bekas bapak mertua saya berperangai suka kacau bini orang. Panjat belakang rumah intai bini orang apabila si suami keluar bekerja. Dia juga pernah membawa bini orang yang sedang mengandung dan mengajak keluar berjalan-jalan.
Bapak mertua saya pernah dikejar keliling kampung oleh suami orang dan orang kampung. Dia pernah nyaris hilang nyawa atas sebab yang sama, kacau bini orang. Ini semua diceritakan oleh waris terdekat keluarga mereka sendiri, yang telah membuat panggilan telefon kepada saya sendiri.
Adik beradik lelaki dan perempuan saya, tidak pernah ada rekod jenayah samada akibat mencuri, dadah atau menipu orang kampung dan warga Grik. Kami tidak pernah bawak lari bini orang, kami tidak pernah tergedik-gedik nak kahwin dengan suami dan isteri orang lain.
Kami tidak diajar oleh emak kami pergi ke rumah orang meminta makan dan simpati. Kami tidak diajar bermuka-muka dan bermulut manis hanya di hadapan saudara mara, orang-orang kampung serta orang ramai semata-mata untuk disanjung dan dipuji.
Kami tidak diajar mempermain-mainkan agama suci Islam, berlakon beragama, sanggup bersumpah dengan Nama Allah dan sanggup Kitab AlQuran dijunjung semata-mata untuk melepaskan diri dari kesalahan yang telah dibuat dan demi untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai.
Sedang ketika perbuatan salah dan silap itu sedang dilakukan, ada saksi yang melihat dan mendengar. Apabila saksi yang melihat dan mendengar itu bersuara, menegakkan kebenaran, mereka akan memusingkan cerita yang lain pulak.
Kononnya Allah tahu dan terima segala perbuatan salah dan silap mereka itu kerana mereka telah pun berniat baik di dalam hati mereka. Huhh.. sifat munafik, bila bercakap ianya berbohong, bila ianya berjanji ianya mendustai, halal dikatakan haram, yang haram dikatakan halal.
Untuk pengetahuan pembaca, anak-anak saya takut untuk bersama keluarga bekas isteri. Keluarga mereka pandai bermuka-muka, pandai berlakon baik d ihadapan orang ramai, pandai memusing cerita, dengan tipu muslihat.
Anak-anak saya diuguut, dipukul, dimarahi, diperlakukan dengan zalim dan kejam. Mereka diberikan amaran oleh keluarga yang sepatutnya melindungi mereka semua yang masih kecil. Sepanjang 2 tahun anak-anak di bawah jagaan dan perhatian bekas isteri.
Banyak kejadian laku dan perbuatan yang salah telah diceritakan oleh anak-anak kepada saya. Menyesalnya saya, menitis airmata saya bila anak-anak mengadu apa yang telah mereka alami ketika bersama ibu dan keluarga bekas isteri dahulu.
Anak-anak diugut supaya jangan diceritakan segala tindakkan yang mereka telah lakukan. Anak-anak saya dipukuI hanya kerana mereka keluar bersarapan dengan opah mereka iaitu emak saya. Anak-anak saya ditekup mulut mereka dan diugut nak dicabaikan mulut sebab mereka mempertahankan segala cerita buruk yang diperkatakan oleh keluarga mereka kepada saya iaitu abah mereka.
Kejadian itu terjadi sewaktu di Pahang, di rumah adik perempuan bekas isteri. Anak-anak saya ditinggalkan berjam-jam di dalam kereta, semata-mata bekas isteri saya pergi berjumpa dengan lelaki lain. Kejadian ini dialami dan disaksikan sendiri oleh ketiga-tiga anak saya. Kejadian berlaku di Grik.
Bekas ibu mertua juga sering menyuruh anak-anak mengikis dan menghabiskan duit saya, perkara ini berlaku di hadapan ibu mereka sendiri dan suruhan itu telah disambut oleh bekas isteri saya dengan senyuman puas dan senang hati.
Berkenaan kononnya belanja nafkah tidak pernah diberikan oleh saya seperti mana yang dinyatakan oleh bekas isteri, saya akan jawab di sini. Untuk pengetahuan semua. sejak dari 2013 sehingga 2018, kesemua kewangan perniagaan dan belanja untuk diri saya telah dikawal ketat oleh bekas isteri saya.
Saya hanya diberikan Rm20 sahaja sehari untuk belanja duit rokok dan minyak motor. Saya dikerahkan bekerja siang dan malam yang kononnya untuk menyelesaikan segala pinjaman kewangan yang telah dilakukan demi bengkel dan masa depan keluarga.
Emmmmm.. rupanya segala pendapatan perniagaan saya adalah hanya untuk kegunaan keluarga bekas isteri yang pemalas dan tidak pernah bekerja. Duit itu telah digunakan untuk membesarkan rumah emak beliau, membayar duit jaminan keluar masuk lokap 2 orang adik lelaki beliau, yang setahun 2-3 kali ditangkap polis.
Menanggung adik-adik perempuan beliau belajar, membeli motor dan kereta untuk keluarga mereka, membayar kesemua pembelanjaan bulanan keluarga beliau, membayar belanja kenduri kendari. Kemudian selepas kenduri, keluarga bekas isteri akan bergaduh dan berebut pulak duit yang disedekahkan oleh orang ramai yang telah datang menjamu selera sewaktu kenduri itu berlangsung.
Ini disebabkan bapak beliau hanya ditanggung oleh emak tiri beliau sahaja. Perkara ini diceritakan sendiri oleh adik beradik tiri mereka, yang kesian dengan nasib emak mereka yang terpaksa menanggung bapak tiri yang tidak berguna langsung.
Dari muda hingga ke tua, kereta dan motor yang dipakai oleh bapak bekas isteri sekarang pun adalah kepunyaan anak anak tiri. Bila ditegur, dia akan balik dan mengadu kat bini muda dan anak-anak tiri pulak telah dimarahi oleh emak mereka sendiri akibat dari hasutan biawak hidup tua itu.
Semua duit perniagaan dikawal ketat oleh bekas isteri saya. Mereka semua iaitu kerani dan para pekerja sering diminta merahsiakan salah laku bekas isteri saya dan merahsiakan segala urusan dalaman serta pendapatan harian dan bulanan bengkel dari pengetahuan saya. Segala akaun bank, kad bank, buku buku cek dipegang dan dikawal oleh bekas isteri saya.
Segala permasalah bayaran, surat, dokumen, panggilan telefon dari pembekal dan bank telah disorok dan dirahsiakan dari pengetahuan saya. Bila saya cuba menyiasat sesuatu perkara yang mencurigakan berkenaan urusan dalaman bengkel, bukti bukti itu telah berjaya disorokkan dan telah ditutup mulut oleh kerani dan para pekerja saya dengan alasan saya sering memukuI isteri dan anak-anak di rumah.
Kepada kerani kerani dan para pekerja saya yang dahulu, abang maafkan korang semua kerana abang yang tidur sebantal. Satu selimut pun telah tertipu dengan perwatakan syaitan yang bertopengkan manusia ini. Keluarga mereka pandai mengunakan sifat lembut, suci dan beragama yang hanya lakonan sahaja untuk menjayakan rancangan mereka sekeluarga.
Benarlah apa yang dinyatakan oleh Ajaran Agama Islam, jika ingin mencari seorang isteri, lihatlah pada agama, paras rupa, keturunan dan hartanya walaupun sedikit. Bila keturunannya, bapaknya dok kacau rumahtangga orang sampai porak peranda, bercerai berai si isteri dan si suami, emaknya pulak dari muda suka bermuka-muka, melaga-lagakan adik beradik di kampung, suka mengemis mintak simpati dan kesian.
Malas bekerja, suka mengambil kesempatan atas belas kasihan orang, tidak mempunyai harta walaupun sepokok getah. Tanah yang diduduki dan kebun getah yang ditoreh pun hasil belas kasihan adik beradik. Perangai mak bapak bekas isteri dari muda hingga ke tua tetap sama dan perbuatan itu menjadi ikutan anak-anak lelaki dan perempuan mereka sendiri.
Saya tidak akan izinkan anak-anak saya membesar di dalam keluarga bekas isteri saya ini. Saya akui, d4rah dan daging itu tidak dapat saya ubahkan atau pisahkan. Akan tetapi dengan didikan yang keluarga saya telah ajarkan kepada saya, iaitu berusaha dengan sendiri, mencari harta dengan titik peluh sendiri.
Bekerjalah dengan tulang empat kerat. Saya mewarisi kemahiran seni dan perniagaan dari keturunan saya turun menurun, saya yakin, anak-anak saya dapat saya didikkan supaya menjadi orang yang tidak berputus asa, berjaya dan berguna dimasa akan datang nanti.
Saya sering dijadikan kambing hitam atau m4ngsa keluarga bekas isteri. Ada suatu ketika dahulu, adik perempuan bongsu bekas isteri telah tergila-gilakan suami orang, sehingga hendak berkahwin dengan lelaki tersebut. Sanggup menghuru harakan isteri dan anak-anak dari keluarga suami orang tersebut.
Saya telah dipujuk rayu oleh bekas isteri dan telah diminta kesian oleh bekas emak mertua saya sendiri pada waktu itu. Supaya saya cuba menghalang kejadian yang seakan akan serupa yang pernah dilakukan dahulu oleh bekas bapak mertua saya sewaktu beliau muda,
Sewaktu ini, adik beradik lelaki beliau dan bapak beliau tidak dapat dikesan langsung di Grik, ghaib terus pada malam kejadian tersebut. Disebabkan tiada yang boleh diharapkan lagi oleh bekas isteri dan mak mertua saya, saya kesian dan tidak sampai hati membiarkan mereka bersedih dan susah hati.
Lagipun mereka beria-ia meminta tolong dari saya untuk selesaikan dan menyuruh saya supaya batalkan perkahwinan antara adik bongsu itu bersama suami orang. Saya telah bertindak berbincang dan diakui telah bertindak sedikit tegas kepada kepada isu yang berbangkit tersebut dan keputusan tentang isu dan perkara itu telah dapat dihalang dan terbatal.
Akan tetapi sesudahnya selesai saya menolong keluarga bekas isteri. Telah timbul satu cerita pulak, yang kononnya bekas isteri, makbapak dan keluarga beliau tidak pernah hendak menghalang akan perkahwinan tersebut.
Semua halangan yang terjadi pada malam itu, dikatakan adalah dari tindakkan memandai-mandai saya, yang hanya orang luar dan hanya sebagai abang ipar sahaja. Emmmmm. itulah perangai jahat keluarga bekas isteri saya.
Saya dipergunakan untuk kesenangan dan untuk menyelesaikan masalah keluarga mereka sahaja. Mereka pandai membaling batu dan sembunyi tangan, mereka pandai buat kerja kotor, berak merata-rata kemudian mereka lari dan menuduh orang lain yang harus bertanggungjawab..
Kemudian mereka akan mencari m4ngsa yang baru untuk dijadikan mangsa seterusnya. Mereka mencari dahan untuk berpaut beramai-ramai dan mereka akan mengulangi perbuatan turun menurun ilmu mak bapak mertua.
Selagi tiada pihak yang berani bersuarakan kebenaran atas kesalahan yang mereka lakukan. Di sini saya juga ingin berpesan kepada adik beradik bekas isteri saya, kepada kakak dan adik ipar saya yang mempunyai gaji dan kehidupan yang hebat.
Kamu semua mampu membeli rumah kemudian dibuatkan homestay, mampu tukar kereta setiap tahun, jangan aniaya bapak saudara yang telah menumpangkan tanah, yang pernah menanggung korang semua belajar. Belanja kenduri, beli makanan dan pakaian semasa korang semua kecil dan hidup susah, terbiar tanpa kasih dari bapak korang sendiri.
Bapak korang kira dok mengadap bini muda jer dulu, lupo nak hantar beras dan belanja sekolah. Bapak saudara korang tuh banyak berjasa tau dengan memberikan motor supaya korang semua dapat belajar dengan sempurna.
Kemudian bila habis korang belajar, motor tuh tidak dipulangkan tetapi dijualkan pulak oleh korang. Duitnya korang sebat. Begitulah jugak dengan kereta kancil yang telah saya berikan dulu untuk adik perempuan bongsu korang, kemudian korang jualkan pulok, duitnya korang sebat makan anok beranok.
Dan sekarang korang bila dah besar dah berjaya, korang berpakat-pakat adik beradik untuk merampas tanah yang telah diberikan secara menumpang sewaktu keluarga korang susah. Korang belajar semuanya tinggi tetapi bila tengok nama dalam geran tanah yang milik bapak saudara korang sendiri, tiba-tiba korang semuanya jadi hilang ingatan pulok. Tiba-tiba jadi buta huruf, tiba otak jadi cacat.
Dahulu keluarga korang duduk di hujung kampung dalam hutan. Rumah berdindingkan, bertiangkan, berlantaikan buluh sahaja. Minum. mandi, basuh baju, berak dan kencing dalam sungai. Bila korang dah besar, dah pandai sarapan pagi kat starbuck.
Korang pakat-pakat nak merampas pulak tanah bapak saudara korang tuh. Aku ada sewaktu pakatan dan cadangan itu telah dicadangkan dan aku membantah. Benda tu salah, korang kalau ada duit, belilah tanah di kampung tu, buatkan rumah untuk mak korang.
Tak pun bawak mak korang duduk KL. Mekap mak korang lawa-lawa, suruh mak korang gedik gedik kat tiktok, mana tahu ada sugar daddy yang sangkut. Korang pun boleh menumpang senang. Bapak saudara korang tuh, anak-anak dia ramai dah besar.
Ada yang dah kahwin dan tanah yang korang menumpang itu, nama dan hak dia. Dia nak buatkan rumah atau apa-apa perancangan pun untuk keluarga anak menantu, cucu-cucu dia, itu hak dia. Dahulu dia bagi menumpang untuk korang ada tempat tinggal yang selamat, dekat dengan mata kepala dia.
Senang dia nak tengok dan pantau sebab korang tuh anak-anak saudara dia. Nak harap bapok korang, balik umah pun tidak. Jadi bila korang dah besar dah merasa senang, cubalah dikenangkan jasa orang lain. Ingat asal usul, sedar diri, korang tuh bukanya orang KL pun.
Dan satu lagi kereta kancil yang adik lelaki korang pakai tu, pulanglah balik kepada tuan yang empunya duit. Kenapa korang semua belajar pandai, bila kena hak orang lain, korang suka mengambil. Kepada sesiapa. Waris-waris keluarga bekas isteri saya yang tidak berpuas hati dengan pendedahan ini, sila munculkan diri.
Tolong mengaku yang korang adalah pembela keturunan makbapak dan ahli keluarga korang itu. Sebarang panggiIan call tidak dilayan, wassap tidak dilayan, sila datang bersemuka dengan saya. Saya bagi tawaran. Raya haji sudah dekat, sila datang beramai-ramai.
Satu keluarga korang, senang aku nak tanya sorang-sorang keluarga korang tuh. Siapa yang menfitnah aku, mak aku, arwah bapak aku, arwah abang aku, adik beradik aku. Buat aniaya dekat anak-anak aku sewaktu di belakang aku dulu.
Kita bincang depan-depan, kita rakam, kita sembang satu mulut dengan satu mulut. Jangan pulok aku satu mulut bersuara. korang pulak berlima, berenam yang bersuara. Itu tidak adil, dah besarkan semua. Bila dah besar jangan jadi tak cerdik.
Aku ada jer di sini, tak pernah lari keluar ke mana-mana pun, tetap di tempat malapetaka yang terjadi disebabkan sifat tamak korang. Keluarga korang tak tahu bersyukur, tak tahu mengenang budi jasa, tak tahu berterima kasih kepada orang yang pernah menolong dan membantu korang ketika lapar, sakit dan hidup merempat.
Orang Kuala Lumpur yang lahir di sana pun takde perangai macam keluarga korang semua. Korang ni ibarat berada di kasta yang paling rendah.
BACA: