Assalamualaikum semua. Aku nak luahkan rasa yang terbuku dekat hati ni.. Tahun ni aku dah 5 tahun join laman sosiaI mencari jodoh
macam omi, tinder, till jannah dan lain – lain dengan niat nak mencari jodoh yang sesuai dengan aku memandangkan sekarang aku susah nak berjumpa dengan orang.
Baru – baru ni aku baru mendapat kerja sebagai admin di company yang berdekatan dengan rumah.
Alhamdulillah walaupun gaji cukup – cukup saja, aku rasa bersyukur sebab dekat dengan family dan aku tak perlu menyewa jauh.
Memandangkan aku tak boleh berenggang jauh dari family iaitu satu – satunya support system aku, aku plan nak kerja situ sampai bila – bila.
Tapi aku tak tahu sampai bila aku boleh kerja mana tahu tiba – tiba diberhentikan atau apa – apa.
Aku hanya mampu berdoa supaya rezeki aku bekerja dengan lancar tanpa sebarang masalah. Mak aku cakap kalau tak kerja pon takpa sebab nanti dia nak bagi bendang suruh upah orang buat nanti boleh makan hasil yang dapat tu.
Tapi aku ada degree dan aku fikir apa guna aku belajar lama – lama akhirnya tak kerja dan duduk rumah saja? Aku memang kena cari duit sendiri sebab takda orang nak bagi aku duit belanja macam orang yang dah kahwin.
Orang yang dah kahwin kalau jadi suri rumah pon boleh dapat duit nafkah dari suami. Aku pulak masih tak jumpa calon suami yang sesuai. Kat sini aku nak cerita pasal family aku. Aku bukan dari keluarga yang kaya tapi keluarga aku adalah golongan T20, gaji mak ayah aku lebih 15k sebulan.
Walaupun kami ramai adik beradik tapi Alhamdulillah semua cukup makan dan pakai. Jadi aku dah terbiasa hidup agak senang. Duduk rumah banglo besar, kereta pulak ada banyak dekat rumah. Ayah aku pulak bagi aku satu kereta dia, dia cakap tak perlu beli guna ja kereta yang ada. Jadi boleh la aku berjimat.
Masalahnya yang lain adalah bila semua adik beradik aku yang dah kahwin, mereka semua kahwin dengan orang yang senang – senang jugak. Kakak aku kahwin dengan engineer oil and gas, abang aku pulak doktor kahwin dengan doktor jugak, adik aku pulak kahwin dengan businesswoman yang ada company sendiri. Perniagaan dia pulak agak maju.
Manakala aku asyik jumpa lelaki yang biasa – biasa saja, aku rasa takkan bila aku kahwin nanti aku kena keluar dari keselesaan yang aku ada sekarang ini ke rumah yang lebih kecil atau kehidupan yang lebih susah. Bila fikir hal sekufu ni, aku rasa memang aku layak untuk lelaki yang b40 sebab kalau ikutkan kerja aku ni seorang admin syarik4t swasta hanyalah b40,
Tapi disebabkan aku dah biasa hidup dalam family t20, macam mana ya aku nak surv1ve nanti kalau aku kahwin tiba – tiba aku tak boleh terima kehidupan baru yang lebih susah, aku takut aku pulak yang mahu bercerai dan kembali duduk dengan family.
Tambahan pulak aku ada impian nak bersalin di kIinik swasta sebab anxiety nak bersalin tu tinggi dan aku tak nak bersalin normal. Tapi sepanjang 5 tahun aku bermain laman sosiaI cari jodoh, belum pernah aku berjumpa dengan lelaki yang mampu.
Aku hanya nak kahwin dan nak tamatkan zaman bujang sebab aku pon dah tak larat nak hidup bujang. Adik aku pon dah berkahwin dan dapat anak tapi aku masih lagi bujang. Kalau ada pun lelaki kaya yang aku jumpa, mesti dia hanya main – main dengan aku atau istilah lain lelaki tu seorang love b0mber, dia buatkan kita jatuh cinta dengan dia tapi lepastu dia tinggalkan kita.
Sebelum ni aku ada berjumpa beberapa laki yang baik dan serius tapi aku tak nak teruskan untuk proceed berkahwin lepas aku dapat tahu gaji dia atau kerja dia. Tolong aku bagi nasihat aku pendapat apa perlu aku buat? Aku buntu.
Adakah aku tak perlu berkahwin langsung memandangkan aku dah ada kerja dan tempat tinggal yang selesa, kereta ataupun aku perlu terima sahaja lelaki yang serius nak kahwin walaupun dia hanya bekerja biasa – biasa? Tolong aku… – Penguin (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ct Zubaida : Adakah aku tak perlu berkahwin langsung memandangkan aku dah ada kerja dan tempat tinggal yang selesa, kereta ataupun aku perlu terima sahaja lelaki yang serius nak kahwin walaupun dia hanya bekerja biasa – biasa?
Jawapan : Ya, teruskan untuk tidak berkahwin. Edited tambahan: Apabila meletakkan manusia dan kebendaan nombor 1, itula jawapan peribadi saya.
Waima dapat kaya pun nanti kalau tak bersyukur takkan merasa cukup. Allah ada sebut kekayaan dan kecukupan, bukan kemiskinan.. kalau ditakdirkan dapat B40 sekalipun, jika bersyukur, Allah cukupkan.
Rizal Rodzuan : Walaupun maaf cakap mula – mula saya baca macam poyo demanding nak t20, tapi saya lagi respect wanita yang demanding macam ni sebelum kahwin,
daripada wanita yang kahwin dengan golongan sederhana tapi lepas tu expect dilayan macam t20 di luar kemampuan suami tu. Takpe kak teruskan mencari yang sekufu, tak kahwin sampai tua pun takpe bukan d0sa pun single ni. Good luck kak.
BACA: ‘Semalam ada orang datang meminang saya lagi’ Ustaz Wadi dedah pernah berkahwin