“Bila aku cek dalam akaun, semua duit review aku, duit aku kerja, kosong!” Gadis terkejut duit dalam bank hilang, rupanya..

Oleh MHDAILY

“Bila aku cek dalam akaun, semua duit review aku, duit aku kerja, kosong!” Gadis terkejut duit dalam bank hilang, rupanya..

Ramai diantara kita yang mudah berikan kepercayaan kepada seseorang apatah lagi jika dengan pasangan kita sendiri.

Tentunya kita menyangka mereka tidak akan melakukan perkara buruk pada kita dek kerana ‘sayang’.

"Bila aku cek dalam akaun, semua duit review aku, duit aku kerja, kosong!" Gadis terkejut duit dalam bank hilang, rupanya..

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis yang mesra disapa Jenny menangis mengenangkan akaun banknya yang kosong gara-gara diambil oleh bekas teman lelaki mencuri perhatian ramai.

“Harini Jenny nak bagi nasihat sikit dekat kaum perempuan.. jangan pernah percaya lelaki.. bukan semua tapi certain la..”

“Aku ada dua akaun bank, satu bank islam dan satu lagi cimb.. apa-apa duit review yang masuk dekat aku semua masuk dekat cimb. Tapi aku saving dekat bank islam sebab bank islam tu tak ada online transfer”

“Sebab aku tahu aku ni jenis yang boros, aku tinggalkan sikit je dekat dalam cimb lepastu semalam daripada pukul 5 petang sampai pukul 10 malam aku cari bank area sini sebab machine atm semua dah tak ada duit.. dengan hujan lebat nya..”

“Bila aku check dalam akaun aku kosong.. tu semua duit review aku.. duit aku kerja.. kosong..” ujarnya sebak

Jenny juga akui pernah bercinta dengan seorang lelaki dan bertukar nombor telefon kerana lelaki tersebut dikatakan tidak percaya kepada gadis ini.

“Sebelum ni aku ada bercinta dengan seorang lelaki, bank islam ni ada online transfer tapi TAC pakai nombor dia.. bukan nombor dia, tapi nombor lama Jenny.. bila bercinta dia tak percaya dekat Jenny so kitorang tukar nombor..”

@cikjennyDaripada malam tadi lagi aku nak nangis tapi takboleh nangis depan adik adik aku. Takboleh tunjuk sedih depan diorg. Tapi aku kena share benda ni kat kaum wanita supaya takterjadi dekat korang😔 Salam kosong acc bank, salam hari raya❤️

♬ original sound – Cikjenjenny – Cikjenny

Dia juga sebak kerana masih belum membeli baju raya dan meluahkan bahawa dirinya sudah 4 tahun tidak pulang beraya.

“Aku tak beli baju raya lagi.. dah 4 tahun weh aku tak balik raya.. pastu semalam Jenny call kakak dia.. dia cakap dia ambil duit tu sebagai balasan Jenny tinggalkan dia pastu barang-barang yang dia beli apa benda semua tu dekat Jenny, Jenny kena bayar balik..”

“Dia cakap dia ada hak dekat duit tu sebab dia dah habiskan banyak duit dekat Jenny.. Rupa-rupanya dia dah bagitahu awal-awal dekat kakak dia kalau Jenny call cakap je macam tu”

Selain mengakui lelaki tersebut mempunyai hak, dia juga dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Aku malas nak besar-besarkan isu ni sebab dia pun dah kahwin dah ada anak.. nanti kang bini dia kata aku meroyan pula.. “

Dia juga sempat berpesan kepada kaum hawa supaya tidak memaklumkan atau menunjukkan berapa duit yang kita ada di dalam akaun dengan pasangan kita apatah lagi jika belum berkahwin.

Jenny juga akui dia tidak menyalahkan lelaki tersebut kerana dia juga cuai dan mengambil ringan terhadap perkata ini malah Jenny juga tidak menyangka bekas teman lelakinya akan berbuat sedemikian rupa.

Video yang tular di laman TikTok:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap bekas teman lelakinya yang mengambil kesempatan terhadap Jenny.

Dalam masa yang sama, para netizen juga meninggalkan kata-kata semangat buat Jenny agar terus kuat dalam mencari rezeki.

BACA:

Wanita ini raih pendapatan RM42,000 sebulan dengan hanya kerja beri nama bayi sahaja undang reaksi netizen

Mawar Karim sudah berpunya, bercadang nikah tahun ini