Bicara Ebit Lew: Mahkamah panggil semula pakar motivasi

Oleh MHDAILY

Bicara Ebit Lew: Mahkamah panggil semula pakar motivasi. Mahkamah Majistret di sini, hari ini dijangka memanggil semula saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu bagi menyambung pemeriksaan balas dalam prosiding membabitkan kes gangguan seksual dihadapi pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Prosiding hari ini memasuki hari keempat dan hari terakhir sebelum disambung semula dengan tarikh baharu yang akan ditetapkan mahkamah.

Perbicaraan setakat ini sudah memanggil tiga saksi sepanjang empat hari perbicaraan berlangsung.

Sementara itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.20 pagi menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam dengan ditemani peguam.

Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Bicara Ebit Lew: Mahkamah panggil semula pakar motovasi

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita di Daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan terhadap Ebit Lew adalah mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Ebit pula diwakili peguam, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye.

BACA:

OPR naik sehingga 3.5 peratus?

Melancong negara miskin tapi semua benda nak murah, Mat Salleh ni kena kecam

Netizen perli Hael Husaini, ‘try hard sangat nak tiru Lee Min Ho ni”