Biasanya kalau kita beli kasut atau beg, mesti akan jumpa satu uncang kecil berisi gel silika di dalamnya kan?
Jarang kita simpan uncang tersebut, selalunya akan dilempar ke tong sampah.
Tapi tahukah anda, sebenarnya uncang gel silika ini ada banyak fungsi yang bagus untuk kerja-kerja mahupun penjagaan barang kita.
Mari ikuti perkongsian oleh laman Facebook kesihatan, Public Health Malaysia (PHM) ini.
Kegunaan uncang gel silika
Jelas PHM dalam perkongsian tersebut, uncang gel silika ini tidak perlu dibuang kerana banyak manfaatnya yang kita mungkin belum tahu.
“Jika anda beli kasut, beg kulit atau sesetengah pakaian atau makanan tambahan, akan ada uncang gel silika. Jangan buang, gel ini ada banyak manfaat. Jangan bimbang, gel ini tidak bahaya & ia bahan lengai yang tidak beracun,” jelas PHM.
Berikut di bawah adalah senarai manfaatnya:-
1. Letakkan di kotak tool box. Dapat mengelak peralatan menjadi karat.
2. Letakkan di bawah cermin depan kereta anda untuk menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi.
3. Selitkan dalam buku yang basah. Buku akan kering keesokan hari.
4. Letak dalam kasut untuk menyerap bau busuk dan hapak.
5. Masukkan dalam beg kulit untuk elak kerosakan.
6. Masukkan ke dalam beg kamera untuk panjangkan hayat.