Biar betul kerajaan nak laksana semula GST ???

Oleh MHDAILY

Kerajaan perlu meneliti secara mendalam sebarang langkah untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau pelaksanaan cukai lain termasuk kesannya terhadap ekonomi, kos sara hidup rakyat serta menangani kegiatan ekonomi gelap.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aspek itu perlu diambil kira walaupun kerajaan mengambil maklum terhadap cadangan pelbagai pihak termasuk industri, ahli akademik dan orang ramai agar GST diperkenalkan semula bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Beliau menegaskan, sebarang bentuk cukai kepenggunaan baharu yang diperkenalkan juga perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan.

Baca Artikel Penuh