Beza usia 25 tahun, lelaki sanggup beri hantaran RM87000 dan rumah RM870000 demi cinta

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Cinta mampu mengubah sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan dan menggabungkan perbezaan menjadi satu.

Demi cinta, seseorang sanggup mengorbankan perkara penting dalam hidup mereka.

Baik lelaki mahupun wanita, mereka menunjukkan perasaan cinta dengan cara yang berbeza.

Perempuan cenderung untuk menzahirkan perasaan mereka, manakala lelaki lebih suka menyimpan dan tidak terlalu menunjukkan rasa sayang mereka.

Namun, jika seorang lelaki sanggup menunjukkan rasa sayangnya dengan mengorbankan apa sahaja demi wanita yang dicintainya, itu adalah tanda cinta yang sebenar.

Beza usia 25 tahun, lelaki sanggup beri hantaran RM87000 dan rumah RM870000 demi cinta

Contoh yang jelas ialah seorang lelaki dari negara jiran, Indonesia. Demi mendapatkan cinta wanita idamannya, dia sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (RM87,000).

Tidak hanya itu, lelaki yang juga seorang ahli perniagaan ini turut menghadiahkan sebuah rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (RM870,000) sebagai hantaran.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Ajis Kalla, atau lebih dikenali sebagai Haji Ambo, 45, seorang ahli perniagaan dari Makassar, Indonesia. Dia melamar kekasihnya, Nadia Margareza, 28, pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Kisah mereka kini tular di media sosial dan menjadi bualan masyarakat Indonesia selepas beberapa foto majlis pertunangan mereka tersebar.

Menurut portal Indonesia, Liputan6.com, Nadia merupakan seorang pengusaha butik di Sulawesi Selatan, Indonesia. Dia juga pernah menjadi finalis Puteri Indonesia 2013 mewakili Sulawesi Selatan.

Pasangan ini dikatakan telah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk berkahwin selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia. Mereka telah bersama sejak setahun lalu dan merancang untuk mengadakan majlis pernikahan pada 17 Disember nanti.

BACA: ‘Aku penat urus anak tapi dia pergi berseronok, ingat isteri selalu kerja OT malam rupanya aku pergi hotel!