Betul ke kripto wang s39 mampu tandingi Bitcoin? Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat orang ramai khususnya para pelabur semakin cakna dengan perkembangan kriptowang. Mampu meraih keuntungan dalam tempoh yang singkat antara yang membuatkan kriptowang dilihat ‘seksi’ di mata pelabur.
Hal ini secara tidak langsung turut menjemput kepada kehadiran kriptowang-kriptowang terbaru bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang menjanjikan peningkatan harga yang tinggi dalam tempoh yang singkat menerusi ‘teknologi’ yang tersedia.
Terbaharu, tular sebuah video menerusi perkongsian di TikTok @_aim997.s39holder sebelum diturunkan yang melihatkan seorang lelaki yang dengan penuh bersemangat dan optimis mempromosikan kriptowang yang dinamakan sebagai S39.
Menerusi perkongsian, lelaki ini memaklumkan beliau mempunyai keyakinan yang tinggi kriptowang S39 mampu menandingi nilai pasaran Binance Coin (BNB) menjelang akhir tahun ini dan cuma memerlukan masa dua tahun bagi untuk mengatasi nilai pasaran Ethereum.
Lebih mengejutkan, lelaki ini turut yakin kriptowang mampu mengatasi nilai pasaran Bitcoin selaku kriptowang paling popular dunia dalam tempoh tiga tahun sahaja.
Dakwaan yang dibuat lelaki ini secara tidak langsung turut mendapat perhatian para netizen yang seolah sangsi dengan kenyataan yang dibuat. Berikut merupakan respon netizen terhadap kenyataan lelaki ini.
Terdapat netizen yang mendakwa kenyataan lelaki ini mengenai kriptowang S39 adalah scam semata-mata. Malah, terdapat juga netizen yang mempertikaikan tujuan menjalankan atur cara seolah majlis makan malam multi level marketing (MLM).
Berdasarkan carian, kriptowang S39 merupakan sebuah kriptowang yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Julai tahun lalu dengan jumlah sebanyak 39 bilion unit.
Persoalan saya ,Ethrium tu coin apa? 🤣🤣 pic.twitter.com/ubtF4kXDVp
— Bicara-Krypto (multichain) (@BicaraKrypto) August 24, 2022
Kriptowang S39 pada ketika ini bernilai sekitar $0.1698 (~RM0.7595) seunit serta masih belum disenaraikan pada platform kriptowang terkenal kecuali PancakeSwap sahaja.
Mendakwa kriptowang S39 mampu mencapai nilai seunit $39,000 iaitu peningkatan sebanyak 229,681% dalam tempoh tiga tahun serta mampu mengalahkan nilai pasaran Bitcoin sememangya dilihat sangat mustahil pada ketika ini berikutan teknologi yang ditawarkan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta berhati-hati serta membuat kajian terlebih dahulu sebelum melabur agar tidak terjerat dengan kriptowang yang sekadar seolah skim ponzi.
Sekitar tahnu lalu, tular sebuah kriptowang SQUID yang dilihat mencatat peningkatan mendadak sebelum menjunam 99% daripada nilainya dalam tempoh sepantas 5 minit sahaja.
BACA:
Faizal Ismail kembali jadi DJ Radio, berganding dengan Mawi
National Geographic kena kecam, salah sebut Singapura di Malaysia