‘Bertunang je baru’, Wanita ini terima hantaran RM90000, tanah sawah, showroom kereta siap dengan kereta sekali!

Oleh MHDAILY

‘Bertunang je baru’, Wanita ini terima hantaran RM90000, tanah sawah, showroom kereta siap dengan kereta sekali! Seorang lelaki dari Bone, Sulawesi Selatan menjadi tular kerana melamar teman wanitanya dengan memberikan hantaran mewah berupa wang tunai berjumlah 300 juta rupiah (RM90,564), satu set barang kemas, sebidang tanah sawah, pembiayaan pengajian serta sebuah bilik pameran kereta beserta kenderaan di dalamnya.

Menurut laman berita Detik, lelaki bernama Dical Arfandi itu hanya menyerahkan wang tunai dan set barang kemas kepada Andi Besse Qurrata Ayyun dalam acara peminangan yang berlangsung pada Khamis lalu.

Hantaran-hantaran lain seperti bilik pameran kereta, kenderaan, pakaian pengantin dan wang pembiayaan pengajian akan diberikan secara persetujuan khas.

'Bertunang je baru', Wanita ini terima hantaran RM90000, tanah sawah, showroom kereta siap dengan kereta sekali!

“Kami akan melakukan sesi pemberian hantaran lain dalam suasana tertutup. Ketika acara peminangan, saya sudah jelaskan kepada ibu bapa Andi bahawa kami akan menyerahkan bilik pameran beserta kereta di Jalan Sultan Hasanuddin kepadanya.

“Disebabkan Andi akan menjadi anak saya juga, saya akan membiayai semua pengajiannya,” kata bapa Dical, Suradi.

Perkahwinan antara kedua-dua pasangan tersebut dijangka berlangsung pada 17 September ini.

Dical merupakan pelajar semester empat Universiti Negeri Makassar manakala Andi ialah pelajar Universiti Hasanuddin.

Kedua-dua mereka juga dikatakan tidak bercinta, namun hanya pernah bertemu sebanyak beberapa kali. – Agensi

BACA JUGA :

‘Aku target nak pensyarah tu, aku tak kisah isteri dia nak mengamuk, yang penting duit’

“Bila korang dah berjaya, korang pakat adik beradik rampas tanah yang korang tumpang sewaktu keluarga korang susah”

“Aku tiada kekuatan nak lafaz cerai, aku tengok muka anak, aku kesian, segalanya bermula bila aku terbuka telefon isteri”