Aku kakak ipar. Dah 14 tahun berkahwin dan ada 4 orang anak. 3 kali keguguran. Sedang mengandung kali ke-8.
InsyaAllah lagi 2 bulan akan melahirkan lagi seorang anak. Tujuan confession ini dibuat adalah untuk menyingkirkan t0ksik – t0ksik yang terpendam di dalam badan ini agar tidak tewas kali ini.
Sejak 5 tahun yang lalu adik ipar aku duduk tinggal bersama kami. Adik ipar ni perempuan. 5 tahun lalu umurnya 19 tahun.
Dari kaca mata orang lain, bila adik ipar perempuan duduk bersama ni banyaklah dapat membantu.
Tolong jaga anak – anak, tolong mengemas rumah dan sebagainya. Maksudnya beruntung benor lah aku ada adik ipar duduk bersama.
Namun, dari kaca mata aku, anak aku dari 4 orang jadi 5 orang. Belum kira abangnya lagi yang perlu dijaga rapi.
Jadi aku ni jadi penjaga kepada 6 orang dari 3 kategori berbeza. Selama 5 tahun ni aku tidak pernah meluah mahupun berkongsi perkara ini dengan siapa – siapa. Waima dengan suami aku sendiri pun tidak pernah aku kongsikan.
Dan akhirnya hari ini aku rasa sangat – sangat perlu aku luahkan segala apa yang terpendam. Harapnya ini platform terbaik memandangkan aku tidak pandai luah dengan kata – kata. Takut tak terkawal. Luahan ni bukan nak komplen adik ipar aku. Hubungan kami sangat baik. Cuma ada perkara yang tr1gger aku sehingga aku jadi spin 360 degree.
Oh ya..sebelum aku mengarang lebih jauh, luahan ini akan menjadi sangat panjang. Sebab aku adalah seorang peguam dan juga penulis buku. Kerana itu aku memilih untuk membuat luahan dalam bentuk tulisan. Kalau dah nama peguam, hujahnya tak pernah ringkaskan.
Kisah bermula selepas aku melahirkan anak ke-4 hampir 5 tahun lalu. Ibu mertua dan adik ipar yang kebetulan baru je tamat STPM datang ke rumah aku. Aku tak pula tanya dengan suami berapa lama mereka akan tinggal di sini.
Iyalah logik aku, ayah mertua aku ada lagi, jadi tak mungkin mak mertua akan berlama – lama di rumah anak menantu kan. Lagi pula lokasi agak jauh. Lebih 400km merentas 3 negeri. Logik aku jadi tak logik bila mana mereka tinggal berbulan – bulan di rumah kami.
Setiap hari aku cuba lalui dengan tabah tanpa sebarang perselisihan. Tak suka ke apa semua aku letak tepi memandangkan ibu mertua sangat baik dengan aku. Cuma yang sangat ketara aku rasai adalah aku kehilangan rasa sayang terhadap anak aku yang baru lahir sebab dijaga mak mertua sambil dibantu adik ipar ini.
Tak apa lah… Aku tak ralat sangat, cuma rasa sangat serik untuk mempunyai anak lagi. Suami? Suami aku ni ketika itu tidak bekerja. Aku sudah tak ada daya nak kira berapa lama dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Kalau ada kerja.. adalah. Tak ada kerja, dia akan ikut aku pergi kerja.
Aku bertahan selama 14 tahun berkeadaan begini sebab dia jaga anak – anak aku, dia lah kawan dan teman aku, dia sentiasa ada dengan aku dalam keadaan susah mahupun senang, dan yang paling penting dia sayang aku walau dalam keadaan aku sangat struggle untuk menyayanginya sejak dari awal perkenalan. Bukan cinta pilihan hati ke?
Entahlah sukar dijawab. Aku cuma percaya jodoh tu Allah yang tetapkan. Jadi tak pernah nak dipersoalkan. Dah 14 tahun dah pun. Usahlah ditanya lagi. Untuk pengetahuan semua, aku anak tunggal perempuan dari 3 beradik.
Maksudnya aku ada seorang abang dan seorang adik lelaki. Hubungan aku dengan ibu bapa pun tidak lah serapat mana. Mak aku garang, bapa aku tegas. Jadi tak ada gelak tawa ya dalam family aku. Umur kami adik beradik pun jarak jauh.
Jadi kami masing – masing dengan kehidupan kami masing – masing. Oleh itu, aku ni berdikari sejak kecil. Memang aku kurang keberg4ntungan pada orang lain. Malah aku suka memberi dan menolong orang lain pula. Mungkin sebab tu aku boleh hidup bersama dengan suami aku.
Sebab aku berdikari, aku kurang berg4ntung kepada dia, jadi bukan masalah besar bagi aku bila dia tiada kerja, tiada pendapatan dan secara tak langsung aku tak terima nafkah zahir dari dia. Malah sebaliknya aku sukarela pula mencari dan menyediakan segala keperluan hidup sebuah keluarga, dari tempat tinggal, kend3raan hingga keperluan – keperluan keluarga termasuk pendidikan anak – anak.
Dia tak pernah claim harta yang aku perolehi sebagai harta dia malah dia tahu serba serbi status aset dan kewangan aku. Malah dia jadi penjaga dan pengurus untuk semua harta – harta aku termasuk anak – anak. Selagi dia tak khi4nat aku, aku tak perlu curiga.
Jaga hati aku, ini semua akan jadi milik kita bersama. Jangan mulakan yang bukan – bukan. Tu je pesan aku. Berbalik kepada aku sebagai kakak ipar. Aku bukan seorang je menantu dalam keluarga suami aku. Dia 9 beradik.
Aku masuk sebagai menantu kedua tapi sekarang mak mertua aku dah ada 4 menantu perempuan dan 1 menantu lelaki. Aku yang dibesarkan dalam keluarga kecil, tak biasa hidup dalam keluarga besar yang ramai dan sentiasa meriah.
Aku tak reti nak berbual – bual kosong. Jadi aku tak reti nak berlama – lama sembang dengan ipar – ipar dan mak bapa mertua aku. Ditambah pula dengan perbezaan loghat bahasa yang sangat ketara. Memang aku tak dapat nak berkomunikasi dengan lancar.
Walaupun begitu, aku cuba juga menyumbang. Mana – mana pada pandangan aku adalah keperluan rumah mertua aku, aku cuba adakan. Yelah, cuba juga lah untuk menjadi menantu yang berfungsi kan. Aku pernah beli peti ais dan mesin basuh.
Terbaru ni aku ada belikan kend3raan pickup 4 by 4 sebab ayah mertua aku ni ada ladang sawit. Jadi bolehlah digunakannya untuk urusan ladang. Aku cuma mampu bagi pinjam guna nama je lah. Bulanan duit hasil sawit lah yang tanggung.
Iyalah, aku bukan dari kayangan, cuma berlatar belakang sederhana, anak seorang kerani dan cikgu sekolah rendah sahaja. Juga aku bukan insan terpilih untuk meraih pendapatan 5 angka sebulan. Hutang 5 – 6 angka adalah yang perlu ditanggung dan dilunaskan setiap bulan.
Ok. Sekarang kembali kepada tajuk. Tahniah kepada yang masih sabar membaca. Selepas beberapa bulan adik ipar aku dan mak mertua tinggal bersama, keluarlah keputusan STPM. Adik ipar pilih untuk terus bekerja berbanding sambung belajar.
Aku ni memang sejenis yang cepat bertindak, maka aku carikan kerja dan dapat lah kerja adik ipar aku ni sebagai kerani di sebuah syarik4t insuran. Lokasi semestinya berhampiran dengan rumah aku. Maka tibalah masa mak mertua aku balik dan tinggallah adik ipar ni bersama – sama kami.
Aku meneruskan hidup seperti biasa. Aku tak ambil kisah sangat berkenaan adik ipar ni. Yelah, aku kan tak reti sembang. Aku dah sediakan tempat tinggal dan pekerjaan, pandai – pandailah hidup. Bukan kecil lagi, 19 tahun kot umur.
Masa berlalu, lepas minggu, masuk bulan. Aku tak teringat langsung nak tanya dengan suami yang adiknya berapa lama akan tinggal di rumah kami. Aku sibuk bekerja memastikan keluarga aku sentiasa ada kewangan untuk hidup.
Yelah patut – patut peruntukan kewangan aku cuma untuk 4 anak dan seorang suami. Tapi ni bertambah 1 lagi susuk tubuh manusia untuk aku pastikan dalam keadaan cukup sepanjang hidup dengan aku. Tak pernah aku terfikir untuk bertanya tentang kos dan tanggungan dia bila tinggal bersama kami.
Suami aku tanggung? Hmmm tak mungkin sebab anak isteri dia pun dia tak cukup nak tampung. Bapa mertua? Patutnya lah kan… Tapi aku tak pernah tanya. Adik beradik yang lain ada hulur – hulur? Pun aku tak pernah ambil tahu.
Adik ipar aku ni yang tanggung kos sendiri dari duit gaji, hmmm aku tak pernah nampak dan terima apa – apa walaupun duit bayar bil letrik yang dia guna untuk charge handphone dia. Disebabkan aku tak pernah minta – minta soal kewangan ni… Aku jadi tak sempat nak tanya suami berkenaan perkara ni.
Seperti yang aku kata tadi, dari kaca mata orang lain, bertuahnya bila ada adik ipar tinggal bersama, dapatlah dia bantu – bantu kerja rumah dan jaga anak – anak. Part bantu kerja – kerja rumah.
1) Memasak. Hmm memang fail. Adik ipar tak reti memasak. Jadi yang memasak di rumah adalah aku dan suami. Mula – mula aku rajin juga, tapi bila lama – lama aku jadi malas ke dapur. Aku ni tak suka memasak, tak suka ke dapur.
Yelah otak aku dah penuh kot dengan kerja – kerja pejabat, jadi kalau boleh elak pergi dapur, memang aku elak. Adik ipar pula, bila tak berapa nak reti memasak, jadi kalau dia masak tak menjadi. Lepas tu tak reti mengemas.
Aku jadi tak selesa dengan per4ngai macam ni. Kemas aku bukan sekadar basuh pinggan. Tapi kena lap lah semua kesan – kesan minyak dan sebagainya. Kalau suami aku… Aku bebel dah. Tapi bila adik ipar yang buat aku jadi kelu.
Marah aku pada minyak – minyak tu lah. Aku tenyeh habis – habisan. Dia boleh belajar jika dia nak belajar. Tapi masalah dia… Dia selalu kata tahu dan pandai dan anggap memasak ni elehhh senang je. Aku malas nak layan orang begitu.
Aku memasak dari kecil sebab aku tak ada kakak nak masak untuk aku, mak ayah aku semua kerja dari subuh balik petang. Aku darjah 1 dah masak nasi sendiri, sayur bening dan telur goreng. Tapi 3 menu ni pun adik ipar aku fail di usia 20 tahun.
Akhirnya suami akupun tak de nak suruh adik ipar aku ni masak nasi. Confirm lembik. Bila laki aku komplen sebab dia tak boleh nk masak nasi goreng dari nasi yang adik dia masak, bukan main adik ipor aku ni pertahankan diri.
Aku? Lantak korang lah. Aku makan je lah apa adanya… Lembik tak lembik. Aku dah penat kerja. Aku nak makan. Lapor. Sikit pun aku tak pernah komplen. Apatah lagi marah. Yelah, kena juga jaga hati adik ipar kan. Lagipun dia dah besar, dia boleh fikir untuk perbaiki dari masa ke semasa.
Namun, hingga kini selepas 5 tahun… Masih isu nasi lembik tak solve lagi. Aku hmmm dalam hati je lah. Yang buat aku menyampah tu, anak sulung aku, lelaki umur 8 tahun dah tahu masak nasi. Nasinya elok je. Cuma kadang – kadang terlembik atau terkering. Sukatan air lari sikit lah. Tapi apa kita jangka dengan kanak – kanak 8 tahun kan.
Aku ok je bila kejadian ni berlaku tetapi yang aku tak oknya kenapa adik ipar aku beriya – iya perli dan perlekeh anak aku katanya tak reti masak nasi. Eh… Setahu aku yang tak reti masak nasi tu ko. Anak aku masak nasi elok je.
Terasa juga hati aku ni macam aku ni tak reti ajar anak masak nasi. Ok. Biarlah isu pasal masak memasak ni. Aku tak kisah pun ko tak pandai masak. Lagi baik ko tak pandai masak. Tak jah4nam dapur aku dengan kekotoran.
Beruntunglah ya duduk rumah kakak ipar, tak payah susah – susah kena masak. Hanya duduk dan makan. Kalau ko kata, ko tolong abang ko masak… Eh tak. Sedia bahan memasak seperti p0tong bawang dan timun. Baguslah ko tolong.
Jarang – jarang sekali dia dapat tempahan memasak. Ko sebagai adik, seharusnya lah tolong sebab ko dah duduk sini. Aku tak tolong? Haaaa jangan libatkan aku dan jangan nak jaki dengan aku bila aku tak tolong mahupun jenguk sikit pun suami aku memasak.
Aku ade banyak sebab yang abang ko sendiri sangat faham. Dan abang ko pun tak pernah minta aku tolong dia di dapur kalau dia tak terdesak. Sebab utama, itulah satu – satunya cara dia nak dapat pendapatan bersih untuk menafkahi aku dengan anak dia.
Dapur dan barang – barang keperluan untuk dia masak semua aku dah sediakan. Kalau aku masuk campur kerja dia memasak, jadi aku ada share. So macamana abang ko nak bezakan upah dengan nafkah. Ni hal suami isteri. Jangan masuk campur. Kami ada peranan kami masing – masing dalam rumah tangga kami.
2) Mengemas. Kalau cerita bab mengemas ni, waaa 5 tahun seingat aku sekali sahaja ko mengemas rumah. Lain hari? Ok ko pergi kerja. Kakak ipar ko ni tak kerja. Duduk rumah je. Jadi bolehlah mengemas rumah. Untunglah wei dapat kakak ipar macam aku ni.
Bukan setakat kemas rumah, malah bilik tidur adik ipar pun dikemas sekali. Sampah dalam bilik adik ipar pun dikutip buang. Rambut adik ipar atas karpet dalam bilik pun aku kutip satu per satu. Bila ko cuti hari sabtu, semua dah bersih.
Tapi ko tak tahu apa yang berlaku pada hari ko jumaat. Macamana hijaunya aku marah anak – anak aku sebab rumah bersepah. Tak pasal – pasal anak – anak aku yang jadi m4ngsa kemarahan aku disebabkan rumah bersepah.
Anak – anak aku kecil lagi. Darjah 3 darjah 1, tadika. Tapi semua kena bekerja keras mengemas bilik ko tidur, ruang tamu ko duduk, tempat ko parking motor, kasut selipar ko semua yang berlambak. Dalam tahun pertama, kedua, ketiga adik ipar duduk rumah aku, biasa je aku mengemas rumah di hari sabtu, waktu adik ipar ni ada di rumah.
Namun, amat menyedihkan dan meny4kitkan hati, aku sapu dan vakum sampah dekat area kaki adik ipar, dia boleh angkat kaki untuk bagi laluan aku mengemas dan dia terus sambung ngadap handphone. Uh serius aku terus insaf dan semenjak hari itu, aku tak lagi kemas rumah dikala dia cuti.
Aku tak marah, tak tegur dia, tapi aku suruh anak – anak aku kemas. Sengaja cakap kuat – kuat sikit dan tekan – tekan sikit harap dia sedar dan terasa seterusnya bertindak untuk mengemas. Tapi tindak baIas dia buat aku terkedu.
Tahu apa tindakan dia, dia tolong marah anak – anak aku sekali. Eh aku tak minta ko marahkan anak – anak aku. Ni buat aku jadi lagi marah. Terus aku tak nak tegur – tegur ko lagi. Aku dah mula tak suka. Silent treatment. Tak faham – faham.
Bilik mandi dan tandas pun sama. Tandas rumah aku ko guna siang malam mandi ber4k cangkung, tak pernah sekali pun ko rasa nak tolong basuh. Kadang – kadang tu aku terlalu sibuk dan terbiarlah selama sebulan tak basuh sampai tebal daki.
Sikit pun ko tak rasa nak tolong basuh. Rambut ko pun ko tak de rasa nak buang. Kenapa aku kata rambut ko? Aku guna tandas lain, ko guna tandas lain. Tandas aku, aku basuh. Tandas ko guna pun aku yang basuh. Rambut panjang – panjang bergumpal dekat tandas ko guna tu takkan abang ko punya rambut kot.
Aku tak kan lupa tragedi aku kemas rumah seorang diri. Masa tu aku mengandung kali ke-7. Kandungan baru sebulan lebih. Suami ajak balik kampung, tapi aku tak nak ikut. Aku nak ambil masa berehat dan menenangkan diri atas segala perasaan yang aku pendam.
Maka tinggallah aku di rumah seorang diri buat beberapa hari. Sangat lega aku rasa bila tinggal sendirian. Penuh kedamaian. Untuk beri semangat kepada diri sendiri maka aku mengemas rumah. Aku buat major pembersihan.
Termasuk bilik tidur adik ipar dan tandasnya sekali. Bertungkus lumus aku bersihkan. Agar bila semua pulang ke rumah, rumah bersih, kemas, berkilat dan wangi. Padahnya, aku mula bIeeding. Bila pergi kIinik, kandungan dah tak nampak.
Beberapa hari kemudian, disahkan kandungan gugur. Hati aku bercampur baur. Namun aku tak mengadu pun kesedihan aku pada siapa – siapa. Aku hanya senyap. Semua orang kata sebab tak ade rezeki. Tapi, yang sebenarnya aku rasa, aku penat.
Aku penat kerja, cari nafkah untuk seluruh keluarga dan kena jaga dan tampung kos orang luar yang bukan tanggungjawab aku. Kena kemas rumah untuk dia. Kena tatang dia macam anak. Hilang segala privasi aku. Aku tak reti nak cakap dan mengadu hal yang sebenarnya. Aku diam dan terus tanggung kes4kitan seorang diri.
Hidup diteruskan lagi tanpa tiada seorang pun pernah bertanya adakah aku OK? Bolehkah adik ipar terus duduk di rumah aku? Aku ada masalah tak? Adik beradik suami 9 orang dan masih ada mak dan ayah mertua. Aku dah tiada mak dan ayah. Tiada seorang pun pernah tanya aku apa – apa mahupun tanya duit cukup tak?
Padahal suami aku pernah lari mengejar orang SAJ yang cabut meter air rumah kami sebab tertunggak berbulan – bulan tak dapat bayar. Ada ke sesiapa pernah ambil tahu kesusahan kami tanggung selama 14 tahun perkahwinan. A
dik ipar datang duduk rumah kami, sedikit pun tak minta izin tanya boleh ke? Duduk selama bertahun, bil air seringgit pun tak pernah hulur. Kakak ipar mana boleh senyap? Tapi aku sejenis kakak ipar yang tak pernah mengadu. Tak pernah menegur, tak pernah marah. Bagaikan kakak ipar dari syurga kan. Itulah kesilapan besar aku. Menyebabkan adik ipar berterusan duduk di rumah aku bagai rumahnya sendiri.
Part tolong jaga anak saud4ra. Ada juga lah guna adik ipar ni. Kadang – kadang kalau aku dan suami 2 – 2 sibuk, dia lah kami minta bantu untuk jaga anak – anak. Actually ada je anak yang dah besar boleh jaga adik – adik. Tapi masih di sekolah rendah.
Satu per4ngai yang aku tak gemor tapi sangat susah aku nak tegur. Abang dia pun biarkan sahaja umpama perkara biasa dan tak apa. Tapi perkara ni sangat serius bagi seorang ibu apabila anaknya dimarahi orang lain. Aku panas hati setiap kali dengar dia menengking – nengking anak aku.
Aku pelik dengan per4ngai dia ni. Dia tak sedar ke dia tu mak usu kepada anak saud4ra dia. Sepatutnya dia jadilah mak usu yang penyayang, mak usu yang backup anak sed4ra ketika anak saud4ra dimarahi oleh ibubapanya.
Tapi ni lain macam, dia pulak yang lebih – lebih nak volunteer tolong marahkan anak – anak aku. Aku baru nak mula tegur anak – anak, dia terus p0tong aku dan marah anak aku. Aku tak minta tolong ko marahkan anak aku.
Malah aku sangat terkesima dengan per4ngai ko tambahan pula ko tu anak d4ra, tapi memekik mengalahkan aku yang 4 anak ni. Aku tak malu dengan jiran bila suara aku tinggi marah anak – anak aku sebab aku sedang mendidik d4rah daging aku, tapi aku malu bila nak ngaku ade anak d4ra dekat rumah aku menjerit – jerit marahkan anak orang.
Benda yang ko sebuk nak marahkan anak aku yang aku tak boleh terima, marah sebab tak kemas bilik sedangkan bilik tu ko juga yang tidur. Bila aku kemas dengan anak – anak aku, barang ko juga bersepah. Baju jangan cakaplah. Berg4ntung sana – sini, baju kotor berlonggok belakang pintu dah macam gunung lebih tinggi dari meja belajar anak aku.
Baju bersih ko, kalau aku tak lipatkan, 2 – 3 bakul bertenggek tepi katil tak berlipat. Tapi anak aku ko marah? Eiiii malu lah sikit, sp3nder dengan br4 ko pun aku yang basuh, aku yang lipat. Tapi sebab aku kakak ipar, aku diamkan sahaja. Malu dan segan aku nak pegang br4 sp3nder ko… Aku lipatkan juga. Lagi dahsyat.
Bila ko basuh baju, ko suruh anak bujang aku yang sekarang dah umur 12 tahun tu, sidaikan, angkatkan. Aduhai. Minta tolong anak sed4ra tu tak apalah lagi, tapi sedar tak anak aku akan pegang pakaian dalam ko untuk disidai. Tepuk dahi aku memikirkannya.
Lepas tu, bila anak aku terlupa nak angkat baju dari ampai, sakan ko marahkan anak aku. Tak boleh brain aku orang macam ko ni. Sebab aku kakak ipar yang baik konon, aku tak bebelkan ko pun. Ada 2 perkara lagi yang ko rajin marah anak aku, sebab handphone.
Betul, anak aku kadang – kadang lebih – lebih main handphone. Tapi kalau ko nak marah mereka pun, ko tu lebih dulu jangan duduk mengadap handphone je. Nak diikutkan, anak aku main handphone, bila aku panggil suruh buat kerja, anak aku buat kerja yang aku suruh.
Tapi ko, tak lepas tangan dengan handphone sepanjang masa sampai tak reti adab duduk menumpang di rumah kakak ipar. Lagi menyayat hati aku, ko r4mpas dan sorok handphone anak – anak aku, sampai bila aku call, whasapp anak aku, forw4rd homework, tapi tak sampai dekat anak aku.
Wei, handphone tu aku yang beli, data internet dia aku yang bayar, hanya aku seorang yang layak nak marah dan kawal penggunaan handphone anak aku. Lagi – lagi sampai bab r4mpas, memang tak beradab sungguh.
Sepatutnya, ko ambil handphone anak aku dan serah pada aku. Aku buat keputusan selanjutnya. Dah ko kenapa sebuk – sebuk buat kerja aku? Teringin sangat nak ada anak? Kahwin lah… Beranak sendiri, rasa macam mana struggle bila ade anak.
Ni tak. menyebuk jadi aku kenapa? Aku ni sampai rasa, jaga anak sendiri tidak sesusah nak hadap ko tau. Anak aku boleh marah kalau buat perkara tak betul, tapi ko, aku tak boleh marah. Sebab tu ko ingat selama ni ko betul sedangkan ko banyak buat benda yang tak patut ko buat.
Untunglah aku bukan kakak ipar yang cepat melenting. Aku makan hati. aku diam. Sedangkan aku bebas untuk mengadu dekat abang ko. Tapi aku tak buat, aku jaga aib ko. Lagi satu bila waktu makan, kalau ko tak marah anak aku, memang tak sah.
Ade je benda yang ko cetuskan suasana panas di depan rezeki. Lengan baju anak aku tak lipat lah, rambut tak ik4t lah, tak makan sayur lah, cedok nasi tak ikut portion yang sepatutnya lah, sudu tak ambil, pinggan tak cukup, makan sepahlah, tempat duduk pun ko nak atur – aturkan. Sampai air ko pun ko suruh anak aku ambilkan.
C4cat sungguh ke ko ni? Aku jadi konpius. Kami ni semua h4mba ko ke. Aku dengan abang ko dah masakkan, anak – anak aku dah hidang meja makan, sampai masa panggil ko makan, macam – macam arahan ko bagi. Semua benda tak kena.
Ya Allah, rumah aku ni, bukan rumah mak bapak ko, aku berhak sangat – sangat nak marah ko, tapi aku diam. Tak sepatah aku tegur per4ngai jelik ko. Kenapalah sebegitu sabar dan tabah aku ni hadap adik ipar macam ni.
Cukup – cukuplah mentaI t0rture anak – anak aku. Bukan sehari, bukan seminggu bukan sebulan tetapi 5 tahun! Sungguh aku bagai dari syurga. Tak sangka sesuci dan setabah ini hati aku menghadap tiap – tiap situasi genting ini.
Tahap ni aku dah mula menyampah. Tak faham – faham lagi dengan muka ketat aku. Rumah sewa, bilik sewa banyak dekat luar tu… Tolonglah pergi. Angkatlah kaki sendiri sebelum disuruh keluar. Eh… Tak. Masih juga nak duduk rumah aku. Terima kasih kerana masih cekal membaca. Ada kisah tragis di hujung cerita. Bagaimana kakak ipar bukan dari syurga ini telah menghalau keluar adik iparnya.
Bersambung. 5 tahun yang penuh pancaroba mengalahkan kesusahan selama 10 tahun survival bertahan hidup dengan suami yang terumbang – ambing. Mujur cerai tak ada dalam kamus hidup aku. Kemuncak! Awal tahun ni, tiba – tiba aku diajak mengumpat oleh adik – adik ipar aku ni.
Kisah biras aku yang minta cerai dari salah seorang adik ipar lelaki aku (adik kepada suami aku lah). Aku terkesima. CERAI? Terus aku terbayang apa lah yang dilalui biras aku tu sampai minta cerai? Lebih teruk ke dari kehidupan aku selama ni.
Perkahwinan mereka sekitar 6 – 7 tahun tidak dikurniakan anak tetapi ada seorang anak angkat. Suami bekerja. Aku memikirkan bila suami bekerja sepatutnya tiada lah isu kewangan dan nafkah berbanding suami aku yang aku sendiri tak reti nak cakap bekerja atau tidak.
Macam aku cerita awal – awal tadilah, ade orang upah jadi driver jadilah driver. Ade orang upah hantar barang, jadi runner. Ada orang upah p0tong rumput, jadi pem0tong rumput. Ada orang order masak, jadi tukang masak. Ade orang meninggaI, jadi penggali kubvr.
Jadi aku mula terfikir. Apa yang teruk sangat hingga nak minta cerai? Tapi aku ni bukan sejenis kakak ipar yang suka masuk campur hal ipar duai. Tapi adik ipar aku ni sakan mengumpat biras aku sampai terbawa – bawa umpatannya tu balik ke rumah aku. Eh… Dia sambung bergosip dengan suami aku.
Aku kalau boleh memang tak nak campur. Tu urusan rumah tangga orang. Urusan rumah tangga aku pun banyak lagi yang tak beresnya. Tapi adik ipar aku ni per4ngai macam dia ni janda. Kepohci hal rumah tangga orang. Tak sedar diri menumpang rumah kakak ipar. Dah lah buat onar banyak dekat sini. Cuma pekung je belum terbuka.
Dapat tahu lah aku akhirnya punca biras aku minta cerai ni adalah sebab kewangan. Adik ipar aku ni lah suka sangat membebel kata abang dia asyik minta pinjam duit dia. Bila aku tahu punca ni, aku masih tak menyampuk. Aku cuma terkenangkan hidup aku.
Setiap bulan aku kena tanggung bayar pinjaman rumah lebih 1 ribu. Tanggung hutang 2 buah kereta, hampir 4 ribu ringgit. Tanggung penggunaan kredit kad kadang – kadang cecah 3 ribu sebulan. Aku seorang sahaja perlu cari 7 – 8 ribu sebulan untuk surv1ve setiap bulan.
Pernah sekali sekala bila dah teruk sangat aku merintih juga pada suami nak minta tolong pinjamkan seratus kalau boleh. Walaupun aku tahu, aku minta lah macam mana, aku tak akan dan tak pernahnya dapat. Aku cuma boleh menangis seorang diri dalam kereta.
Memikirkan mana lagi aku nak cari punca rezeki buat kehidupan kami sekeluarga dan menanggung adik ipar yang bekerja tapi tak pernah berkongsi rezeki. Aku mula panas. Apalah sangat dengan 100 ringgit sebulan yang abang ko tu minta berbanding ko duduk di rumah aku yang aku bayar bulanan lebih 1 ribu sebulan.
Ko marahkan biras aku jadi punca abang ko nak pinjam duit dari famili ko sebab biras aku nak hantar anak angkat dia sekolah swasta. Ko sedar tak, anak sed4ra ko di sini ni semua sekolah tadika swasta. Ada ko terpikir bagaimana strugglenya aku dan abang ko mencari duit nak bayar yuran bulanan anak – anak aku.
Aku tak pernah minta bantuan dari siapa – siapa. Abang adik aku sendiri tak pernah hidu masalah aku. Tapi ko punya komplen kan biras aku, bukan main. Ko serupa perli aku, “dah tahu tak mampu tapi nak hantar anak sekolah swasta”.
Menusuk wei… Menusuk. Aku masih diam. Walau telinga aku dah panas. Ko cemuh kakak ipar di sana dalam masa yang sama juga kakak ipar ko di sini. Tiba – tiba kakak ko telefon kata biras aku mer0yan, call ayah mertua aku, jerit – jerit suruh ambil abang ko balik.
Ko punya reaksi macam ko tu yang kena halau. Tak memasal suami aku pun bakal diheret untuk ambil adik dia balik dari rumah biras aku. Aku jadi panas punggvng. Aku tahan suami jangan pergi. “abang jangan sebuk. Abang syukurlah… isteri abang bukan yang tu tapi yang ni!”
“adik abang lelaki, bukan tanggungjawab kita nak ambil dia balik tetapi mak abah abang tu masih hidup, pergiIah sana jumpa dengan keluarga perempuan, tanya lah khabar, ambil lah tahu apa punca masalah. Jangan terus hentam ‘A’ tanpa tahu hal sebenar!”
Aku ni sebenarnya cakap bagi pihak diri aku sendiri. Aku sendiri sangat perlukan bantuan dan sokongan untuk terus hidup menanggung suami dan anak – anak juga adik ipar yang sorang ni. Kalau tak ade iman…hilang pedoman, lama dah aku halau suami dan adik ipar aku ni.
Yelah… Kenapa aku? Kenapa aku yang kene hadap semua ni? Kenapa aku yang kena tanggung suami sedangkan aku sepatutnya dinafkahi suami? Kenapa aku yang kena tanggung anak – anak sedangkan anak aku masih ada bapa?
Kenapa aku yang perlu sedia tempat tinggal, kend3raan, makan minum, dan segala keperluan adik ipar sedangkan dia masih ada bapa? Tambahan dia sendiri bekerja. Tak usik pun sikit duit gaji dia untuk sara hidup. Tak ada common sense langsung.
Sampaikan aku bercuti dengan keluarga aku pun dia sebuk ngendeng. Tak diajak pun tapi sibuk nak ikut. Dan yang paling – paling tr1gger aku apabila adik ipar aku sebut tiga ayat ni dekat suami aku. “tanggungan suami tidak termasuk isteri sebab isteri pun bekerja”
“Suami kalau tak cukup duit, minta lah dari isteri!”, “time susah baru nak petik hukvm kewajipan suami menafkahi isteri”. Apa kejadahnya semua ini? Ko nak minta aku doakan agar ko dapat suami macam abang – abang ko ni ke? Dah bersedia ke nak menanggung biawak hidup?
Aku angkat jari bagi isyarat pada suami jangan jawab apa – apa. Aku cepat – cepat pergi dari situ untuk kawal amarah aku sebelum aku terlepas m4ki pada si adik ipar dvngu. Dah sampai tahap aku benci. Tapi ko masih menepek dekat rumah aku.
Aku sabar… Aku tarik lagi nafas nak bersabar. Apa lagi isyarat yang aku boleh guna agar ko pindah keluar dari rumah aku. Aku tak boleh terima langsung fahaman songsang ko ni. Lagi – lagi aku m4ngsa tak dijangka dalam situasi ni.
Benda ni sangat – sangat tr1gger aku. Aku sabar untuk 14 tahun dengan masalah kewangan yang sangat rumit. Aku mend3rita selama 14 tahun menggalas tanggungjawab sang suami. Aku s4kit selama 14 tahun demi menjalankan tanggungjawab isteri tiada siapa endah dan hargai.
Sedang ko 5 tahun duduk dalam rumah aku langsung ko tak nampak apa – apa. BUTA! Ko hidup selesa atas air mata aku. Ko hidup mewah dengan perah d4rah aku. Ko hidup berlagak jadi tuan dalam rumah aku. Ko buIi anak – anak aku.
Ko pergunakan dan menyusahkan suami aku. Dengan aku – aku sekali jadi h4mba ko. Ko masih tak faham langsung! Tak sedar langsung. Aku tak boleh sabar. Sabar aku ada had. Aku bukan bid4dari syurga ko. Buat apa menolong orang yang tak sedar diri.
Ko hidup senang di rumah kami. Kami pula yang hidup melarat di tanah kami sendiri. Betapa remuk hati aku hari – hari mengenang anak – anak aku yang ko marahi. Betapa s4kit hati aku melihat ko sewenang – wenangnya mengunakan barang – barang yang aku beli untuk anak – anak aku.
Semuanya dengan keringat tulang empat kerat aku. Aku sampai rasa malas dan tak nak balik rumah sebab bila aku balik ko ade dekat rumah aku. Sampai aku kata dengan suami aku nak pindah rumah dan gigih aku cari rumah lain. Eh tapi kenapa aku yang kena keluar dari rumah aku sendiri?
Aku bagi kata dua pada suami. Aku tak nak mer0yan selepas bersalin nanti. Jadi, selagi ada adik dia dan barang – barang dia di rumah aku, aku tak nak balik rumah! Ntah apa suami aku katakan pada adik dia, petang tu juga segala barang dan motor dia dengan dia sekali naik pickup, suami aku hantar balik kampung.
Hah ko. Bukan main sakan ko cemuh kakak ipar ko yang halau abang ko keluar rumah kan. NAH, aku halau ko dulu keluar dari rumah aku. AKU KAKAK IPAR BUKAN DARI SYURGA yang ingat selamanya suci boleh dipijak – pijak adik ipar seperti ko.
Amaran keras kepada adik – adik ipar di luar sana. JANGAN SESEKALI MASUK CAMPUR HAL RUMAH TANGGA ABANG KAKAK KORANG! Lagi – lagi kalau ko tu anak d4ra. JAGA MULUT! Jangan main sedap mulut je nak komen hal rumah tangga orang, nak marah – marah anak orang.
Senang cerita. Janganlah sesekali duduk menumpang rumah abang kakak. Kalau terp4ksa tumpang pun, jaga adab, berbudi bahasa, beri salam, minta izin masuk, ucap terima kasih bila keluar. Kami tak g4duh, tak bertegang urat tekak.
Aku dah pesan dekat suami. Keluarkan dia senyap – senyap. Jangan sampai orang lain tahu. Sebab kami masih perlu balik kampung suami selagi mak ayah mertua masih hidup. Terima kasih yang sudi membaca luahan. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran kepada yang lain. Tidak kira anda kakak ipar mahupun adik ipar. – Kakak Ipar (Bukan nama sebenar)
BACA: Ibu Zayn Rayyan berbaju oren untuk lakon semula situasi, ini maksud baju warna oren banduan Malaysia